Rahsia Sebenar Awet Muda
Posted: Januari 28, 2012 in SayaLabel:Awet, Belia, Muda, Rahsia, Rahsia Sebenar, Zikir
Perang Uhud: Signifikan Berpasukan
Posted: Januari 23, 2012 in Agama, IsuLabel:Efektif, Efisien, Kerjasama, Nabi Muhammad, Perang, Rasulullah, Sahabat Nabi, Strategi, Teamwork, Uhud

Bukit Uhud-Kini
Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke 3 hijrah/ 26 Mac 625 masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW. Pasukan musyrikin Mekah berjumlah 3 ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan dari beberapa kabilah Arab antaranya Kinanah dan Tihamah.
Kerana musuh terlalu ramai, maka Nabi berniat akan bertahan dan menanti musuh dalam kota Madinah. Tetapi suara ramai, berdasarkan siasat perang menghendaki agar musuh diserang di medan perang. Nabi tunduk kepada keputusan orang ramai ini, sekalipun dalam hatinya terasa kurang tepat. Dalam hal yang tiada turun wahyu, Nabi selalu berbincang dengan orang ramai, dan keputusan mereka pasti dijalankan dengan tawakkal, ertinya berserah kepada Tuhan.
Nabi lalu masuk ke dalam rumah memakai pakaian besinya dan mengambil pedangnya. Baru Nabi keluar, ramai di antara sahabat yang telah mengusulkan untuk menyerang tadi, mencabut usul mereka kembali, kerana ternyata kepada mereka pendirian Nabi semulalah yang benar. Tetapi keputusan itu rupanya tidak dapat diubah lagi, kerana Nabi berkata: “Tidak, Kalau seorang Nabi telah memakai baju perangnya, dia tidak akan membukanya kembali sebelum perang selesai.” Baca baki entri ini »
PANDAI, cerdik dan cerdik pandai adalah frasa-frasa bahasa Melayu yang menggambarkan sifat seseorang individu. Walaupun ada di antara frasa-frasa ini mempunyai persamaan makna, konotasi maksudnya amat berlainan.
Kenapa saya berkata sedemikian? Terlebih dulu saya ingin menyatakan bahawa pendapat saya ini bukanlah berasaskan kepada penggunaan mana-mana kamus bahasa Melayu yang sedia ada, sebaliknya ia berasaskan kepada pemerhatian umum bagaimana frasa-frasa ini diguna pakai dalam kehidupan seharian.
Kalau kita perhatikan frasa-frasa pandai, cerdik dan cerdik pandai, maka akan timbul pertanyaan di pemikiran kita apakah perbezaan di antara ketiga-tiga frasa ini, tidakkah ia mempunyai maksud yang sama? Baca baki entri ini »
The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.
Here’s an excerpt:
The concert hall at the Sydney Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 31,000 times in 2011. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 11 sold-out performances for that many people to see it.
Ayat yang digunakan bersifat terbuka dan sedikit kasar. Sila teruskan bacaan jika anda sanggup!
Kenapa perlu menukar skim daripada SSM ke SBPA ? Sana sini orang ‘mengaum’ (kalau taip melalak, ada yang sentap!) perihal SBPA. Kebaikan dan keburukan SBPA, itu yang menjadi topik hangat perbualan penjawat awam. Isu utama pastinya terletak pada GAJI dan GRED. Baiklah! aku akan cuba ceritakan seringkas yang boleh mengenai SBPA. Aku menyentuh beberapa perkara yang menjadi kekeliruan dan ketidakpuashatian beberapa pihak. (rencana ini ditulis setelah kajian dibuat berdasarkan pekeliling, nota dan taklimat diperolehi setakat 16.12.2011). Baca baki entri ini »











