Pelan Strategi, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi

Posted: Januari 30, 2012 in Pelajaran
Label:, ,

Dalam pertemuan dengan guru-guru, rupa-rupanya masih ramai yang belum jelas tentang apa yang dimaksudkan dengan Pelan Strategi, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi. Yang paling menjadi masalah buat mereka ialah bagaimana menulis ketiga-tiga pelan tersebut.

Pelan Strategi biasanya sudah ada di sesebuah sekolah. Suatu ketika dahulu ia lebih dikenali sebagai blue print atau rancangan jangka panjang sekolah. Biasanya diunjurkan untuk suatu tempoh masa dari 3 hingga 5 tahun.

Jika pelan strategi di sekolah anda akan tamat tempohnya pada hujung tahun 2010, ini bermakna pihak pengurusan tertinggi sekolah patut duduk sekali lagi bagi membuat pelan strategi yang baru untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Sepatutnya Pelan Strategi sudah sedia ada dan telah digubal oleh pihak pengurusan tertinggi. Ia mengandungi visi, misi, hasrat pihak sekolah dan program-program besar yang dirancang di bawah empat bidang utama iaitu pengurusan, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum. Pelan taktikal hanyalah terjemahan daripada pelaksanaan hasrat besar itu dalam bentuk program dan aktiviti.

Jika pelan strategi dibuat oleh pihak pengurusan atasan, atau bersama dengan wakil pihak pengurusan pertengahan dan bawahan, pelan taktikal pula melibatkan semua individu yang bekerja untuk organisasi itu. Dalam konteks sekolah ia melibatkan semua guru subjek yang mengajar sesebuah kelas.

Sementara pelan operasi pula ialah sehelai kertas yang mengandungi proses kerjayang menunjukkan dengan jelas langkah-langkah atau tahap demi tahap yang perlu dilakukan dalam melaksanakan satu daripada program yang disebut dalam pelan taktikal tadi.

Maksudnya jika kita hendak melaksanakan kelima-lima program yang disebut dalam pelan taktikal tadi, kelima-lima program itu mesti ditunjukkan operasinya dalam kertas kerja yang berasingan. Satu kertas kerja bagi satu program.

Dalam erti kata yang mudah, pelan taktikal menyenaraikan beberapa program utama yang perlu dilaksanakan dalam tahun semasa (contoh 5 program dalam tahun 2010) yang turut dilengkapkan dengan kumpulan sasaran, siapa yang bertanggungjawab, tarikh pelaksanaan dan kos serta lain-lain yang perlu.

Apabila setiap satu program dalam pelan taktikal sudah pasti dan sudah diputuskan untuk dilaksanakan barulah dibuat pelan operasi.

Jangan menyusahkan diri anda untuk memahami maksud pelan operasi. Sebenarnya ia tidak ubah seperti kertas kerja, tetapi dalam pelan operasi perkara yang wajib ditunjukkan dengan jelas ialah proses kerja atau langkah-langkah yang tersusun tentang bagaimana program yang dipilih itu akan dilaksanakan. Butiran lain seperti yang biasanya terkandung dalam kertas kerja boleh sahaja diabaikan.

Kalau dalam pelan taktikal perkara yang ditekankan ialah program yang hendak dibuat, dalam pelan operasi pula yang ditekankan ialah proses kerja itu.

Sama ada namanya pelan taktikal mahupun pelan operasi, seelok-eloknya dibuat dalam sehelai kertas dan ditulis dalam sebelah muka surat sahaja.

Ayat yang digunakan dalam pelan taktikal dan pelan operasi hendaklah ringkas, padat dan tepat, bukan seperti menulis kertas cadangan, kertas projek atau kertas kerja seperti yang difahami oleh kebanyakan orang.

Abd Bashid Harun

Komen-komen
  1. mohd kamil ahmad berkata:

    terima kasih cikgu…hilang kekeliruan saya selama ini yg susah nk faham 3 benda ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s