Gulai Ikan Kembung Tebengau

Gulai Ikan Kembung atau Ikan Temenung

Kari Ikan Kembung atau Gulai Ikan Temenung (gelaran utara) sememangnya santapan rutin masyarakat melayu. Jadi menu wajiblah kalau kedai-kedai atau warung @ restoran sajikan gulai ikan ini. Namun disebelah Alor setar dan Kuala Kedah ata satu kedai yang amat amat amat famous dengan menu asasi masyarakat melayu ini sehinggakan aku hampir-hampir menjilat pinggan gulai tersebut iaitu di Tebengau.

Amat dahsyat ramuan dia terutamanya ikan yang fresh dan manisss serta baru dinaikkan dari pantai. Pelanggan dikedai ini jangan tanya, Kalau lambat alamat molopong la tak dapat merasa gulai ini. (Digalakkan datang awal supaya tak kempunan merasa gulai ni).

Kedai makan ini terletak di bawah pokok paku lima di persimpangan jalan ke Kuala Kedah terletak dalam kampong yang bernama Temengau atau Tebengau begitulah lebih kurang sebutannya. Kedai makan itu terkenal dengan gulai ikan termenong atau kari ikan kembong kata orang KL, yang segar dan manis.

Kata sahabat beginilah setiap pagi ramai “regular customer” dan salah seorang regularnya ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzil.

Gulai ikan disini kira favorite family lah.Dari mertua, bapa saudara dan ramai lagi sememangnya gemar dengan gulainya yang panas2. Hingga menghirup sepinggan gulai lah penangannya.

Nak tau jalan ke sana??

Layan disini dulu.(p.s:jangan marah kalaulukisan peta ni buruk)

Lukisan peta ke kedai gulai tersebut

<< Back Selera Utara

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s