Guru Penjana Modal Insan Gemilang – Terima Kasih Guru

Posted: September 21, 2008 in Pelajaran

This a helpful article that I got from one of the best motivator in Malaysia. (But sorry it’s in B.M)

Artikel Oleh DR. ISMAIL ZAIN

[Bahagian 1 – Mei 2007]

KITA baru sahaja meraikan ulang tahun Perayaan Hari Guru yang bertemakan “ Guru Penjana Modal Insan Gemilang – Terima Kasih Guru” Tema ini harus dilihat secara kritikal agar apa yang tersurat dan tersirat dapat dimanfaatkan bersama bukan sahaja untuk golongan pendidik maupun pelajar tetapi juga untuk masyarakat umum.

Kemahiran dan keilmuan merupakan dua aspek yang penting yang perlu dimiliki oleh setiap insan sebagai modal untuk bergerak mencapai kejayaan. Kecemerlangan pula ialah aras kejayaan yang maksimum dalam sesuatu pencapaian. Manakala kegemilangan adalah puncak kecemerlangan yang dilakukan secara berterusan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dalam ruang lingkup ini sejauhmanakah pengukuran kita terhadap insan yang kita didik ini untuk mencapai taraf “kegemilangan” yang menjadi aspirasi negara?

Mungkin ada yang meletakkan jumlah bilangan pencapaian status “A” dalam satu-satu keputusan peperiksaan atau penggondolan hadiah atau anugerah dalam sesuatu acara sebagai taraf kegemilangan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengikhtirafan perlu diberi setimpal dengan pencapaian. Tetapi pada saya taraf “kegemilangan” harus dilihat sebagai kecemerlangan yang berterusan yang mampu membawa perubahan diri serta memberi sumbangan dan manfaat kepada masyarakat, agama dan negara.

Sebagai contoh negara kita telah mencapai kecemerlangan bermula dengan kejayaan mencapai kemerdekaan, kejayaan dalam bidang pertanian, kejayaan dalam bidang perindustrian, kejayaan dalam bidang pendidikan, kejayaan dalam bidang sukan serta akhir-akhir ini kejayaan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Kejayaan-kejayaan ini yang membawa kepada kecemerlangan pembangunan bukan berakhir begitu sahaja dalam satu-satu era pembangunan tetapi ia harus melalui proses penambahbaikan yang dijalankan secara berterusan. Kejayaan melalui proses penambahbaikan secara berterusan inilah yang boleh dianggap sebagai “kegemilangan”.

Dengan ertikata yang lain taraf kegemilangan adalah merupakan beberapa siri kecemerlangan berdasarkan kejayaan secara total dalam pelbagai bidang yang diperoleh melalui beberapa penambahbaikan secara berterusan.

Dalam menjana modal insan yang gemilang, penelitian harus dibuat terhadap sejauhmanakah “modal” yang ada pada seseorang itu mampu membawa “kegemilangan” dan bukan sekadar “kejayaan dan kecemerlangan”. Negara tidak hanya mahu mempunyai pelajar atau guru yang cemerlang diatas kejayaannya sehinggakan pula ada pihak yang tertentu cuba mengambil kesempatan di atas kecemerlangan itu, tetapi pada saya negara pasti inginkan insan yang mampu mencapai kecemerlangan ini secara berterusan, mencari idea, membuat inovasi, membuat penambahbaikan supaya akhirnya mampu memberi sumbangan secara ikhlas kepada anak-anak bangsa. Inilah dikatakan kegemilangan!

Kita bimbang jika dengan hanya beberapa kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh seseorang itu sudah dianggap mencapai taraf “kegemilangan”, berkemungkinan pengikhtirafan ini menjadikan seseorang insan itu riak, lupa daratan serta terpengaruh dengan unsur yang boleh memesongkan niat, keikhlasan dan wawasan pada usia yang masih muda. Dengan itu taraf “gemilang” akan tercemar dan usaha untuk mewujudkan “modal insan gemilang” tidak tercapai.

Dalam hal ini saya ingin menyeru pada golongan pelajar khususnya agar berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan yang tiada noktahnya., Setiap kejayaan harus digandakan usaha untuk mencapai kecemerlangan dan kecemerlangan ini harus dapat dimanfaat bersama ke arah kegemilangan! Janganlah kerana jumlah “A” atau sebarang gred yang diperoleh melemahkan semangat kita atau menjadikan kita lupa daratan. Gred hanya sebagai satu petanda peringatan untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Kesyukuran terhadap sebarang kejayaan harus menjadi amalan tetapi ini bukan bermakna sudah berpuas hati serta menganggap diri kita sudah berada di tahap tinggi.

Dalam usia yang masih muda “janganlah jadi seperti kacang lupakan kulit” selepas mencapai kejayaan. Setiap pengorbanan yang dilakukan oleh ayah dan ibu, guru serta masyarakat harus dikenang seumur hidup. Janganlah kerana mengajar kejayaan mereka ini diabaikan.

Semoga kegemilangan dalam erti kata yang sebenarnya dapat dicapai oleh setiap insan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s