Menjana Modal Insan Gemilang

Posted: September 25, 2008 in Pelajaran

This article was continued from the last post.

Oleh DR. ISMAIL ZAIN

GURU diberi tugas untuk “menjana modal insan gemilang” bukanlah satu perkara yang baru tetapi ia adalah matlamat atau impian bagi setiap guru terhadap pelajar-pelajarnya dalam mengharungi proses pengajaran dan pembelajaran.

Insan gemilang adalah puncak daripada kejayaan-kejayaan yang membawanya ke arah kecemerlangan. Kejayaan pula ialah penggunaan secara maksimum kebolehan yang ada pada diri seseorang untuk menghasilkan pencapaian. Dalam hal ini kebolehan ialah potensi atau fitrah yang dikurniakan oleh Allah yang harus diperkembangkan secara menyeluruh, bersepadu dan berterusan sepertimana yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, untuk membawa seseorang pelajar itu ke arah kegemilangan, maka ia harus bermula lebih awal iaitu melalui proses memperkembangkan potensi individu secara berterusan. Melentur buluh biarlah dari rebung!

Potensi individu mampu diperkembangkan secara berterusan melalui aktiviti kurikulum maupun kokurikulum. Guru harus mengintegrasi dan menggandingkan pelbagai kemahiran dengan ilmu yang diperlukan oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Inilah modal yang perlu dimiliki oleh setiap insan dalam kehidupan yang serba mencabar. Ilmu dan kemahiran bagaikan irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.

Kita tidak mahu melahirkan pelajar hanya bersifat “ulat buku” tetapi perlu melahirkan pelajar yang diumpamakan “akar pokok” yang sentiasa menjalar meniti zaman bagi mengukuhkan pohon tersebut. “Ulat buku” adalah hasil daripada perpindahan ilmu daripada pelbagai sumber ke otak manusia tanpa melalui proses transformasi yang akhirnya akan mati kekenyangang. “Akar pokok” ialah perpindahan ilmu yang membawa kepada penerokaan, inovasi yang berlandaskan “survival” atau keinginan untuk hidup serta memahami falsafah kehidupan secara lebih bermakna.

Garis panduan tentang pengintegrasian kemahiran sudahpun dibuat dalam kurikulum kebangsaan. Ia merangkumi pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran, strategi penjanaan minda kritis & kreatif, pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran serta pelbagai kaedah dalam pemupukan nilai-nilai murni yang merangkumi semangat patriotik.

Persoalannya sekarang sejauhmanakah pengintegrasian ini dapat diwujudkan serta dilaksanakan secara berkesan. Pada pandangan saya guru harus memahami proses pengintegrasian ini agar pengajaran dan pembelajaran tidak hanya berperanan sebagai pemindahan ilmu tetapi mampu menerapkan kemahiran melalui perkembangan potensi yang akan membawa perubahan ke atas dirinya.

Sebagai contoh sesuatu aktiviti pembelajaran sama ada dalam bentuk kurikulum maupun kokurikulum perlu mempunyai unsur pengintegrasian seperti berikut yang merangkumi aspek ilmu dan kemahiran:

  • Perkembangan ilmu: pendedahan ilmu merangkumi teori, prinsip, konsep terhadap sesuatu topik pembelajaran.
  • Perkaitan dengan kehidupan: guru harus mampu menyedarkan pelajar perkaitan antara ilmu yang dipelajari dengan kehidupan masa sekarang serta kehidupan masa depan yang merangkumi kepentingan ilmu yang dipelajari, bidang kerjaya yang boleh diceburi, sumbangan yang boleh diberi, keperluan serta penyelidikan yang perlu dicari, inovasi yang perlu dibuat, kesan dan akhibat yang akan diterima serta keperluannya kepada negara.
  • Perkembangan kemahiran belajar: Dalam proses penimbaan ilmu guru harus menggalakkan penggunaan pelbagai strategi, kaedah yang merangkumi kemampuan menggunakan alat berfikir (thinking tools) dalam menganalisis atau mentafsir yang membawa kepada penyelesaian sesuatu masalah serta aplikasi pelbagai mod pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses mengakses atau memproses maklumat.
  • Perkembangan kemahiran generik: melalui langkah-langkah atau prosedur sesuatu aktiviti pelajar mampu membina sahsiah seperti keyakinan diri, toleransi, pengurusan masa, bekerjasama, sayang menyayangi yang membawa ke arah menghargai nilai kehidupan.

Pengintegrasian di atas mampu menjadikan insan lebih bermodal bukan setakat bermodalkan ilmu pengetahuan tetapi bermodalkan kemahiran yang menjadi faktor penggerak ke arah tindakan yang membawa makna dalam kehidupan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s