SELAMATKAN AL AQSA! (SIRI 1)

Posted: Oktober 1, 2009 in Agama, Isu
Selamatkan Masjid Al Aqsa

Selamatkan Masjid Al Aqsa

Amat-amat dikesali bahaya yang menantikan Masjid Al-Aqsa tidak diketahui oleh umat Islam sedunia, apatah lagi umat Islam di Malaysia. Isu Palestin yang sering dilihat sebagai isu Arab-Israel dan digambarkan sebagai konflik perebutan tanah telah mengaburkan isu sebenar. Lebih menyedihkan lagi, OIC yang ditubuhkan sejurus selepas Masjid Al-Aqsa dibakar pada tahun 1969 sendiri pun yang kini di bawa kepimpinan Kuala Lumpur tidak langsung menyebut secara spesifik isu masjid ini, apatah lagi untuk menyedarkan umat Islam sedunia tentang bahaya yang menantikan Al-Aqsa.

Kejadian PENDATANG HARAM YAHUDI yang menyamar sebagai pelancong Perancis amat mendukacitakan ramai kalangan umat Islam. Ini adalah jalan cerita dalam menjadikan Tapak Masjidil Aqsa sebagai kononnya adalah tapak Milennial Temple (atau Temple Mount).

BANGUNLAH WAHAI SEMUA PEJUANG ISLAM! BANTULAH WAHAI TENTERA ALLAH DI BUMI ANBIYA’ DI PALESTIN! BANTULAH MASJID AQSA SALAH SATU MASJID DALAM PERISTIWA ISRA’ MIKRAJ RASULULLAH!

Bacalah Artikel dibawah ini :


Polis Israel izin Masjid al-Aqsa diceroboh

BAITULMAQDIS: Berpuluh pendatang Yahudi yang diiringi polis Israel semalam memecah masuk Masjid Al-Aqsa dan cuba mengadakan upacara agama pelik tetapi berjaya dihalau keluar jemaah Islam serta pengawal Palestin.
Berikutan itu, penduduk Palestin merayu Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam supaya mengambil tindakan segera melindungi kompleks tanah suci al-Aqsa daripada terus dicemari Yahudi.

Sumber melaporkan, berpuluh pendatang Yahudi yang menggelar diri mereka sebagai Temple Mount Faithful menyerbu ke dalam dewan masjid diiring polis Zionis pada pagi semalam, lapor Daily News.

Agensi berita Palestin, WAFA pula melaporkan, pendatang Yahudi itu memasuki kawasan yang menjadi tempat sembahyang penduduk Islam serta mencabar penduduk Palestin supaya menyerang mereka.

WAFA yang memetik kenyataan Hakim Mahkamah Agung Palestin, Tayseer al-Tamimy melaporkan, ini adalah kejadian kedua terhadap masjid berkenaan pada tahun ini.

Tamimy berkata, tindakan Yahudi itu jelas mencabuli hak untuk beribadat umat Islam dan mencabuli hak asasi manusia.

“Ia mencabuli hak beribadat umat Islam kerana Masjid Al-Aqsa dikhususkan untuk penduduk islam dan Yahudi dilarang memasukinya,” katanya.

Katanya, tindakan Yahudi itu bercanggah dengan ajaran agama kerana adalah dilarang sesuatu tempat dijadikan tempat ibadat untuk dua agama, lebih-lebih lagi di Masjid Al-Aqsa.

Daliy News melaporkan, pendatang Yahudi itu menuju ke Babul Rahman dan mula mengadakan upacara yang jelas mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid itu.

Pengawal masjidil haram dan penduduk berkejar ke tempat kejadian dan berjaya memburu keluar kumpulan itu.

Pelampau Yahudi itu kemudiannya mengadakan upacara keagamaan mereka di depan pintu kawasan kompleks Masjid al-Aqsa dengan kawalan ketat tentera dan polis Yahudi.

Kumpulan Temple Mount Faithful diketuai pengganas Yahudi, Girshon Solomon yang berusaha untuk merampas seluruh kawasan masjid al-Aqsa dengan kerjasama rejim Zionis.

Mereka juga berusaha membina sebuah biara di kompleks itu. – Agensi

Amat dikesali bahaya yang menantikan Masjid Al-Aqsa tidak diketahui oleh umat Islam sedunia, apatah lagi umat Islam di Malaysia. Isu Palestin yang sering dilihat sebagai isu Arab-Israel dan digambarkan sebagai konflik perebutan tanah telah mengaburkan isu sebenar. Lebih menyedihkan lagi, OIC yang ditubuhkan sejurus selepas Masjid Al-Aqsa dibakar pada tahun 1969 sendiri pun yang kini di bawa kepimpinan Kuala Lumpur tidak langsung menyebut secara spesifik isu masjid ini, apatah lagi untuk menyedarkan umat Islam sedunia tentang bahaya yang menantikan Al-Aqsa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s