AKU BUDAK BODOH!

Posted: Oktober 28, 2009 in Isu

beruk

Pernah suatu ketika, ketika masih bergelar budak sekolah, seorang teman bertanyakan soalan, “kenapa kita perlu belajar sejarah? bukankah hidup kita sentiasa ke hadapan? mengapa perlu belajar sesuatu yang telah berlaku? yang berlaku itu biarlah berlaku. tak perlu diungkit kisah dan sejarah silam.” lalu, seorang teman yang lain menambah dengan angkuh, “ya, kamu betul! tidak perlu belajar sejarah. biar kita yang mencipta sejarah. bukan belajar dari sejarah.” pada suatu ketika, saya merasakan mereka betul. apa yang dikatakan mereka ada rasionalnya. namun oleh sebab markah ujian dan peperiksaan saya dalam subjek ini boleh dibanggakan dan dijadikan modal untuk bersikap riak, maka matapelajaran ini tetap menjadi kegemaran saya. lama-kelamaan pendirian saya berubah. sebenarnya sejarah itu bukan sekadar sejarah. sejarah itu adalah panduan untuk masa hadapan. sedangkan ketika memandu sekali-sekala kita perlu melihat ke belakang. mungkin tindakan itu boleh dijadikan sebab untuk kita terlepas dari kemalangan.

Sejarah mengajar bagaimana kita, orang Melayu begitu mudah tunduk kepada bangsa asing. sejarah juga mengajar bagaimana kita pernah bersatu untuk menentang suara penjajah. juga bagaimana kita bertelingkah sesama sendiri demi kepentingan peribadi. zaman demi zaman, keadaan berubah. seluruh pelosok negara dihiasi bangunan-bangunan pencakar tujuh petala langit. setiap inci Tanah Melayu ini berubah. namun satu perkara tak akan pernah berubah. sejarah tak akan pernah berubah. malah sejarah itu berlaku dan terus berlaku. cuma dalam keadaan atau versi yang berlainan. namun konsepnya tetap sama. kita masih dijajah oleh Jepun. cuma bukan dalam bentuk politik. jika tak percaya, anda boleh bekerja di mana-mana kilang atau syarikat yang berasal dari Jepun. ini pengalaman saya.

kita telah dimanjai dengan berbagai-bagai keselesaan. hidup dalam zon selesa memang menyenangkan hati dan mengenyangkan perut. kita hanya fikirkan hati dan perut sendiri. tapi bila dilanda dengan badai konflik, biasanya kita akan cepat melatah. kalau tidak melatah pun, biasanya kita akan mencarut. itu fenomena biasa. sebenarnya ini adalah akibat tidak ambil pusing kisah dan sejarah silam. hanya duduk bercandukan kemewahan dan kesenangan. pada akhirnya, candu-candu itu sendiri yang menjadi punca kepada konflik yang mereka hadapi. sekarang, pada siapa harus mereka toleh?

Sebagai seorang kanak-kanak dalam dunia kedewasaan, sememangnya kita tak berdaya untuk melaksanakan tindakan sendiri. hanya merengek dan meminta pada orang dewasa untuk disumbatkan dengan kemahuan yang menjadi-jadi. seharusnya, kita perlu cepat menjadi dewasa. kalau tidak pun, cukuplah sebagai remaja. sekurang-kurangnya kita mampu mengenal yang mana bunga, yang mana tahi. namun orang dewasa tetap kita jadikan sebagai contoh atau sumber teladan. cuma kita perlu hati-hati dalam memilih contoh tersebut. kerana contoh itu yang akan mencerminkan diri kita di hari kita meningkat dewasa. selayaknya, ibu dan bapalah yang harus kita teladani. mereka tak akan pernah mahu melihat kita diulit kepayahan dan kesengsaraan. namun ada seorang lagi yang perlu kita cari untuk kita contohi. siapa? kamu carilah sendiri. kalau sudah berjumpa, baguslah. ikutlah dia. dia tak akan membawa kamu ke arah kesengsaraan.

Dalam situasi yang kita sendiri tak pasti akan kebenaran, maka tibalah masanya untuk menggunakan akal sebaiknya. sememangnya begitu, kerana kita bukan orang yang mampu melihat hakikat dan makrifat. malah kalau mampu pun, akal tetap perlu digunakan sewajarnya. sebab itulah kurnia Tuhan kepada manusia. tak perlulah dicanang kelemahan orang lain kalau kaki masih terpasak ke bumi. tak perlulah mengangkat kelebihan diri kalau masih hidup menjunjung langit. tak perlulah dipertikai Ilahi kalau masih belum mampu bergerak sendiri. manusia itu tetap bodoh dan hina. asalnya dari titisan yang hina. kembalinya dalam bentuk yang hina juga. kita kadang suka mencari salah orang. tanpa kita sedari kita juga melakukan salah yang serupa. maka, selalulah beringat. kalaupun anda seorang yang selalu beringat, tetaplah jangan dicaci dan dimaki orang lain bagaikan mengarang puisi.

Tulisan ini sebagai peringatan untuk diri saya seorang kerana saya orang yang paling kerap mengunjungi blog sendiri. kalau anda mahu terima, terpulanglah. cuma sebut nama saya di Padang Mahsyar nanti sebagai orang yang berjasa kepada anda (oh, saya hanya bergurau).
kalau anda merasakan saya salah, juga terpulanglah kepada anda. kalau anda mahu menyerang saya, seranglah. cuma apa yang saya harapkan, anda sudi memperuntukkan sedikit ruang kepada akal anda untuk mengenal pasti mana isi yang baik dan mana isi yang busuk. saya hanya seorang budak kecil yang masih memakai lampin. bodoh dan naif dalam segala hal berkaitan soal-soal orang dewasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s