AL AQSA SUDAH MUSNAH ?

Posted: Disember 4, 2009 in Agama, Isu

SELAMATKAN AL AQSA ! (SIRI 2)

Kebakaran Al Aqsa 21 Ogos 1969

Acap kali kita diingatkan supaya ada perpaduan Islam. Kenapa kita alpa? Tiada bantuan walaupun sekelumit doa buat kekuatan mujahid disana. Kenapa dengan kita ini JADI SAUDARA SEMUA…–>

Renung Sejenak!


Israel mahu rampas al-Aqsa: Arafat

AL-KHALIL: Pemimpin Palestin, Yasser Arafat, kelmarin meminta Raja Maghribi, Hassan II mengumpulkan Jawatankuasa Al Qods, selaku pengerusi jawatankuasa itu untuk membincangkan keputusan rejim Zionis membenarkan penduduk Yahudi mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa, salah satu tempat ibadat suci umat Islam.

Agensi berita Iran melaporkan, Arafat turut menyifatkan tindakan Israel itu sebagai hina.

“Keputusan itu boleh membakar seluruh rantau ini. Kita bercakap mengenai tindakan Israel menceroboh dan mencemar kesucian salah satu tempat mulia umat Islam,” katanya.

Laporan juga menyebut beberapa kumpulan pengganas Israel menganjurkan usaha meruntuhkan masjid suci itu dalam usaha membina kuil Yahudi di tapaknya.

Kumpulan pengganas itu menerima sokongan kuat pemerintah rejim termasuk Perdana Menteri, Ariel Sharon. Israel, ketika membenarkan penduduk fanatik Yahudi melawat al-Aqsa, pada masa sama menghalang penduduk Palestin memasuki kawasan itu.

Sesetengah pemerhati berpendapat tindakan itu ialah perang secara terbuka terhadap Islam tetapi tidak diisytiharkan oleh Israel.

Yahudi membuat banyak langkah baru-baru ini termasuk memusnahkan masjid di Nazareth dan penangkapan serta memenjarakan pemimpin pergerakan Islam kerana memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin. Beberapa minggu lalu, menteri Israel dalam lawatan ke Amerika Syarikat, meminta pemimpin pertubuhan Kristian negara itu membentuk pakatan Yahudi-Kristian bagi memusnahkan Islam.

Permintaan biadap itu juga tidak dikutuk oleh pemimpin Yahudi sebaliknya mendapat sokongan padu. – Agensi

DAN ADA LAGI!!!!

Al-Aqsa: Misi Yahudi hampir terlaksana

HARAM As-Sharif. Temple Mount. Templum Domini. Tiga nama tetapi sebenarnya di satu tempat. Kebanyakan umat Islam sekarang ini lebih mengenalinya sebagai Masjid al-Aqsa atau lebih umum lagi sebagai Baitulmaqdis.
Ia membawa pengertian besar terhadap dunia. Boleh dikatakan semua perkembangan dunia bermula di sini baik dari segi agama, ekonomi, politik serta pengetahuan sains.Kawasan ini menjadi rebutan tiga agama iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.

Terletak dalam kompleks Haram As-Sharif atau Temple Mount ini adalah Qubbat al-Sakhra (Dome of The Rock/ Kubah Batu), Masjid al-Aqsa, kawasan kebun buah zaitun, pancuran air dan semua bangunan yang terdapat di situ termasuk dinding dan pagarnya.

Akibat propaganda besar-besaran Yahudi, masyarakat Islam kini kebanyakannya menganggap kubah batu atau Dome of The Rock di kawasan ini sebagai Masjid al-Aqsa, sedangkan sebenarnya masjid itu terletak di selatan binaan kubah itu.

Binaan kubah itu menempatkan batu tergantung yang menyaksikan sejarah sejak zaman Nabi Ibrahim hingga kepada Nabi Muhammad. Nabi Ibrahim menjadikan batu itu sebagai tempat meletakkan Nabi Ismail untuk dikorbankan. Kawasan di situ juga menjadi tempat Nabi Isa hidup dan berdakwah. Dari kawasan batu itu juga Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Menurut Yahudi, kawasan itu menjadi tanah yang dianugerahkan Tuhan kepada Abraham dan keturunannya. Di situ juga menjadi tempat Moses bertapak. Di tempat yang sama menjadi lokasi kerajaan Solomon. Solomon, Moses, Abraham atau Nabi Ibrahim, Musa dan Sulaiman dan kemudiannya Nabi Isa, adalah nabi yang membawa ajaran yang mengEsakan Allah.

Bagi Kritian pula, Temple Mount atau Templum Domini menjadi tempat Jesus Christ.

Faham sekarang mengapa ia jadi rebutan?.

Ketika ini, kompleks Haram as-Sharif ditadbir oleh Jawatankuasa Wakaf Palestin. Bagaimanapun, sebenarnya kuasa mereka lebih tertumpu kepada Masjid Al-Aqsa manakala kawasan lain sudah dirampas oleh Yahudi.

Yahudi sekarang ini menganggap Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai tanah yang perlu dipulangkan kepada mereka sama ada secara baik atau dengan banjir darah.

Jerusalem menurut pakar sejarah berdasar kepada bahasa Sematik yang mungkin bermaksud Tapak Tuhan manakala sesetengah pendapat pula menyatakan ia berteraskan bahasa Hebrew yang bermaksud Tanah Keamanan.

Sesungguhnya kawasan kompleks al-Aqsa atau tanah haram al-Aqsa melambangkan simbol kesatuan umat manusia zuriat Nabi Adam dari salasilah Nabi Ibrahim dan lambang kebenaran keperluan manusia kepada Allah.

Namun, akibat penyelewengan dalam agama, taksub, tiada sifat keterbukaan serta kejahilan pengikut nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad, menyaksikan agama yang satu berpecah menjadi agama yang berbeza.

Yahudi dan Kristian tidak mengiktiraf Nabi Muhammad manakala pengikut agama asal nabi-nabi sebelum ini mencampur adukkan keperluan nafsu, hasutan syaitan dan taksub perkauman dalam agama memburukkan lagi keadaan yang akhirnya mengundang sengketa.

Oleh kerana tanah suci ini menyaksikan kelahiran ramai nabi dan rasul, ia pastinya menyimpan pelbagai khazanah sejarah dan bukti kedatangan Muhammad sebagai penutup segala nabi.

Selain itu, tapak-tapak masjid atau biara di sini juga menyimpan apa yang dikatakan sebagai perjanjian tuhan dengan nabi dan kisah sebenar agama Yahudi dan Kristian.

Kita perlihatkan lagi fakta sejarah. Berdasarkan catatan yang diakui semua pihak, Nabi Ibrahim berhijrah ke kawasan tanah suci ini dari Urr di Iraq bersama keluarganya termasuk Nabi Lut selepas peristiwa beliau diarahkan dibakar oleh Raja Namrud.

Selepas itu, kawasan ini juga menjadi tempat berlindungnya Nabi Musa dan pengikutnya daripada kekejaman Firaun. Oleh itu, Palestin terutamanya kawasan Baitulmaqdis, menjadi kawasan yang dijanjikan Allah kepada pengikut nabi-nabi terbabit.

Masyarakat Yahudi juga menganggap Palestin yang menganjur dari Sungai Jordan hingga ke Laut Mediterranean sebagai tanah milik mereka berdasarkan peristiwa nabi-nabi ini.

Perkara ini dikatakan tercatat dalam Arc of The Covenant iaitu dengan bahasa mudah boleh dikatakan sebagai arka batu catatan perjanjian antara Tuhan yang menyerahkan Palestin kepada Yahudi.

Perlu diingat, penyerahan kawasan itu kepada Yahudi ketika itu adalah kepada golongan yang mengikut ajaran asal Nabi Ibrahim dan Nabi Musa yang sudah pun membayangkan kehadiran Nabi Muhammad.

Golongan Yahudi menganggap Arc of the Covenant ini keramat dan tersimpan di dalam kawasan kompleks al-Aqsa. Bagaimanapun, selepas kajian beratus tahun di Baitulmaqdis yang mencetuskan penjajahan negara Islam seperti di Mesir dan Habsyah, arka itu akhirnya ditemui di sebuah biara di Zion, Mesir.

Dipercayai arka itu dibawa ke Mesir ketika Palestin ditakluk kerajaan Nebuchadnazar. Usaha mencari arka itu dan keajaiban lain di kompleks itu menyaksikan perang salib berterusan. Selain kisah arka ini, banyak lagi perkara menarik di kompleks Aqsa ini.

Mungkin dunia Islam terkini tidak pernah tahu bahawa bentuk masjid Nabi Sulaiman di kompleks itu jika dilihat dari udara membentuk perkataan Mim, Ha, Mim, Dal, atau Muhammad.

Malah, persoalan mengapa Nabi Muhammad terpaksa pergi ke Qubbat al-Sakhra untuk mikraj ke langit, tidak dikaji dengan teliti, sedangkan beberapa ekspedisi Barat ke bulan menggunakan laluan yang setentang dengan Qubbat al-Sakhra untuk membolehkan kapal angkasa memasuki orbit luar.

Yahudi dan Kristian juga perlu segera merampas kawasan suci ini bagi menyembunyikan pelbagai fakta sejarah mengenai kebenaran Islam dan kejahilan mereka, sebelum kebenaran ini ianya jatuh ke tangan umat Islam masa kini.

Menyentuh sejarah selepas kedatangan nabi Muhammad, Islam membebaskan semua kota suci ini daripada belenggu golongan Yahudi dan Kristian yang sudah pun menyeleweng daripada ajaran sebenar yang diturunkan Allah.

Pada 635 Masihi, enam tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad, ketua kaum Nasrani atau kini dikenali Kristian, Saphronius menyerahkan Baitulmaqdis kepada Khalifah Umar al-Khattab. Kedatangan umat Islam ini dialu-alukan oleh penduduk kota ini dan dengan bantuan penunjuk jalan, Umar berjaya menemui masjid, mihrab dan tempat penting lain yang hampir musnah.

Islam membawa perpaduan dengan agama lain di kota ini, sehingga perang salib meletus dalam usaha Yahudi merampas semula kawasan ini menyaksikan penduduk Islam tersingkir.

Kubah Batu, dibina oleh kerajaan Islam pada kurun ketujuh Masihi. Bagaimanapun, penjajah Kristian dalam beberapa perang Salib, menjadikan kubah batu ini sebagai gereja mereka.

Kejayaan wira Islam, Salehuddin al-Ayubi menguasai semula Baitulmaqdis pada 1187, mengembalikan toleransi beragama di situ.

Sebenar-benarnya, sejarah kota suci ini amat panjang tetapi apa yang pasti kawasan ini adalah milik Islam. Bagaimanapun, perkembangan terbaru di Palestin ketika ini seharusnya mengundang gundah kepada umat Islam.

Minggu lalu, Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Arafat melaporkan rejim Israel membenarkan Yahudi memasuki Masjid al-Aqsa, satu-satunya kawasan tanah suci yang masih dikuasai Islam.

Pendatang dan pelancong Yahudi ini bukan saja mencemari masjid, malah turut mengadakan upacara ibadat mereka di dalam dewan solat umat Islam. Malah, penduduk Islam yang berumur bawah 40 tahun sejak sekian lama, dilarang memasuki masjid atas alasan keselamatan oleh polis Yahudi.

Arafat dalam rayuannya kepada Jawatankuasa Perlindungan al-Aqsa yang turut dianggotai Raja Maghribi, menuntut umat Islam dunia membantu perjuangan rakyat Palestin mempertahankan kota suci ini.

Laporan media Israel pula menyatakan, Knesset dilaporkan sedang menimbang usul mengusir lebih 200,000 penduduk Islam dari bahagian timur Baitulmaqdis, tempat yang menjadi laluan ke Masjid al-Aqsa.

Sebagai kesimpulan, Yahudi kini sudah menghampiri matlamat mereka merampas semula Temple Mount atau seluruh kompleks al-Aqsa dan menjadikannya sebagai ibu negara berkekalan rejim Zionis. Apa pula tindakan umat Islam?

Pelampau cuba ceroboh al-Aqsa

BAITULMAQDIS: Polis Israel semalam menggagalkan hasrat berpuluh-puluh pelampau Yahudi untuk menceroboh masuk ke kawasan Haram al-Sharif di sini.
Beratus-ratus anggota polis berkawal di kawasan bukit kota lama di sini untuk menyekat kemaraan kira-kira 40 pelampau Yahudi. Haram al-Sharif menempatkan Masjid al-Aqsa dan Masjid Kubah Batu.Kawasan bukit itu dikatakan pernah menjadi tapak dua rumah ibadat Bani Israil. Semalam juga hari memperingati pemusnahan kedua-dua kuil itu oleh Babylon dan Roma pada tahun 573 SM dan tahun 70.

Setiap tahun polis membenarkan kumpulan pelampau berarak ke pagar kawasan al-Aqsa. Tahun ini mereka disertai seorang wakil rakyat parti Likud yang memerintah.

Kawasan berbukit itu ditadbirkan oleh Majlis Agung Islam dan ditutup kepada bukan Islam.

Beberapa minggu lalu, polis Israel mula membenarkan kumpulan kecil pelancong melawat semula kawasan itu walaupun dibantah keras oleh orang Islam.

Wakil rakyat Likud, Yehiel Hazan, dikatakan cuba menggunakan kekebalan anggota parlimennya untuk memasuki Haram al-Sharif.

Dua lagi wakil rakyat yang bercadang menceroboh kawasan Islam itu bagaimanapun membatalkan hasrat mereka.

“Saya mahu menunjukkan bahawa orang Yahudi berhak dan bebas pergi ke mana saja mereka mahu dalam negara sendiri,” kata Hazan kepada Radio Israel. – Agensi

Apa tugas kita sebagai saudara seIslam…….!! Tepuk dada tanya iman? Oh I See……………

Masjid Al-Aqsa Masjid Para Nabi Allah

Komen-komen
  1. abujihah berkata:

    Salams,
    Piq, ni alamat blog kelas kita yg aku baru buat. Just booking address je ni.

  2. humaira adawiyah berkata:

    Terima kasih kerana berkongsi ilmu, harap penulis dapat menulis secara ilmiah iaitu dengan meletakkan rujukan…^_^ skema betul ayat saya. Anyway thanks

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s