AL FATIHAH TUANKU SULTAN JOHOR

Posted: Januari 23, 2010 in Politik

Tuanku Sultan bersama anakanda, Tengku Mahkota Johor

Salam Takziah,

Saya mengucapkan innalillah hiwa inna ilai hiroji’un dan takziah atas kemangkatan Kebawah DYMM Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Darul Ta’zim pada jam 7.15mlm Jumaat 06 Safar 1431 bersamaan 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri akibat gering.

Almarhum pergi disaat umat Islam khususnya berhadapan dengan kemelut dan masalah serangan terhadap aqidah dan agama Islam yang tidak berkesudahan, dan mengharapkan pembelaan seorang Raja yang tegas dan berani.

Saya masih ingat lagi bagaimana Almarhum Tuanku adalah salah seorang Sultan yang sangat tegas dan berani dalam memartabatkanserta membela Islam semasa isu cubaan menghidupkan IFC sehinggakan cubaan jahat itu gagal dilaksanakan.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Almarhum Baginda dan meletakkan Almarhum Baginda dalam golongan soleh dan diberi keampunan.

Semoga keluarga Almarhum Baginda khususnya dan rakyat Johor amnya diberi kesabaran menghadapi ujian dan saat kesedihan ini.

Semoga Allah s.w.t memberikan sepenuh kekuatan dan panduan kepada Tunku Ibrahim dalam mentadbir negeri Johor Darul Takzim.

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s