ANTARA IMAN ILMU AMAL

Posted: Mac 16, 2010 in Agama, Saya
Tags:

Ibadah Sebagai Contoh Aplikasi Iman-Ilmu-Amal

Manusia tidak pernah terlepas dengan melakukan sifat mazmumah dalam pada ingin melakukan sifat mahmudah. Tetapi bila berkait dengan isu-isu agama bagai ada yang alpa. Kita harus menjadikan diri kita yakin dan menguasai hal-hal yang berkenaan dengan Islam, pada saat yang sama, kewajiban kita adalah mengamalkan apa yang menjadi ajaran Islam itu. Proses pengamalan inilah yang dinilai oleh Allah swt.

Allah menilai amal seseorang sesuai dengan petunjuk-petunjuk-Nya. Bagi Allah, amal yang memiliki nilai tertinggi di hadapan-Nya adalah amal yang dilakukan dengan ikhlas. Ikhlas bermaksud ianya bersumber dari satu keyakinan dan berdasarkan ilmu yang benar, sehingga lahirlah perbuatan yang terbaik.
Jadi, amal yang ikhlas itu merupakan amal perbuatan yang berangkat daripada keyakinan semata-mata kerana Allah, bukan kerana niat-niat yang ada di sebalik itu. Ciri-ciri dari sebuah perbuatan atau amal yang ikhlas adalah apabila ia dilakukan dengan cara yang terbaik dan berkualiti (the best). Manusia yang berangkat dari niat yang benar, ikhlas kerana Allah kemudian dia mengetahui ilmu yang berhubungan dengan perbuatannya itu, pasti dia akan melakukan yang terbaik di dalam hidupnya.
Orang yang beramal atau bekerja sesukahatinya, serta berbuat ala kadar, ataupun melakukan sesuatu kerana ingin dipuji orang bukan kerana Allah, biasanya selalu melakukan amal perbuatannya itu tanpa berlandaskan keyakinan dan kepercayaan yang teguh kepada Allah.
Demikian juga, ketika seseorang beramal atau berbuat sesuatu tanpa atas dasar ilmu yang benar, tidak didasarkan kepada teori-teori atau syariat-syariat yang telah ditetapkan, tanpa memenuhi syarat dan rukun daripada pekerjaan itu. Pasti pekerjaan itu tidak menghasilkan sesuatu yang terbaik. Tak mungkin seseorang mampu berbuat atau beramal baik, kalau dia tiada ilmunya, pasti perbuatannya itu akan penuh dengan masalah.
Kerana itulah dalam melakukan apa saja pekerjaan, terutama yang berhubungan dengan agama Islam, baik dalam hubungan kita dengan Allah atau sesama manusia serta alam ini. Maka kita harus berangkat dari sebuah keyakinan terlebih dahulu, keikhlasan dan ketulusan semata-mata kerana Allah, tetapi pada saat yang sama kita melakukannya atas dasar ilmu yang telah kita miliki itu. Inilah makna dari amal yang ikhlas, maka ketika Allah telah menegaskan bahawa kita ini diberi hidup dan mati atas landasan ujian di antara kita yang paling baik amal perbuatannya, amal ibadahnya.
Allah berfirman, “Liyabluwakum ayyukum ahsanu ’amala”.
Ini secara jelas menunjukkan kepada kita yang perbuatan paling baik adalah perbuatan yang berlandaskan daripada niat yang ikhlas dan berdasarkan ilmu yang benar. Niat yang ikhlas saja tanpa ilmu pasti menimbulkan kesalahan dan kecelaruan, ilmu saja tanpa niat yang ikhlas pasti akan menyimpang dari nilai-nilai kebenaran. Kerana itu, mengamalkan apa saja yang menjadi ajaran Islam yang kita yakini itu, harus berangkat dari kepercayaan dan keikhlasan yang ada di dalam hati kita, kemudian dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada di otak kita. Namun setiap pengamalan berdasarkan ilmu fikiran belum cukup dan mampu mentafsiran perkara ghaib (yang hanya Allah sahaja mengetahuinya) yang bersifat mencabar fakta serta logik akal. Namun panduan daripada Rasulullah S.A.W, para sahabat dan ulama’ telah membangkitkan ketetapan hati untuk meneruskan amal yang berpandu Iman (kepercayaan) yang teguh dan tetap pada Yang Maha Satu.
Daripada itu tiga unsur utama yang harus ada di dalam diri kita terhadap agama, iaitu IMAN, ILMU, dan AMAL. Maka, akan tidak berertinya keyakinan kalau tidak ada amal perbuatan, tidak berertinya ilmu yang kita punya kalau tidak melahirkan amal-amal soleh dalam kehidupan kita, bahkan naudzubillah ilmu yang tidak bermanfaat. Justru akan menjadi bumerang (alat) yang menghancurkan diri kita dan orang-orang lain di sekitar kita.
Namun, bagaimana kita perlu menggabungkan tiga unsur tersebut? Apakah kita harus percaya dulu, kemudian belajar lalu beramal?

Bukanlah itu cara yang harus kita tempuh, melainkan antara keyakinan, ilmu pengetahuan dan amal perbuatan haruslah diupayakan secara bersamaan, kerana ketiganya merupakan satu kesatuan yang tak dapat terpisahkan. Ketiga prinsip dasar itu harus sentiasa kita asah,asuh dan kita perbaiki setiap saat, agar kita dalam melakukan sesuatu, benar-benar mendasari daripada keyakinan dan berdasarkan ilmu pengetahuan. Dari keyakinan kita lahirkan dorongan untuk selalu belajar dan belajar serta berbuat sesuatu dengan ilmu yang kita miliki itu.
Inilah tiga prinsip dasar yang harus sentiasa kita sematkan dan dijadikan prinsip dalam kehidupan kita, iaitu antara IMAN, ILMU dan AMAL, antara keikhlasan dalam hati, kecerdasan dalam otak dan ketulusan di dalam beramal.
Maka menjadikan kita manusia yang cemerlang untuk Agama.

Kita harus yakin dan menguasai hal-hal yang berkenaan dengan Islam, pada saat yang sama, kewajiban kita adalah mengamalkan apa yang menjadi ajaran Islam itu. Proses pengamalan inilah yang dinilai oleh Allah swt.
Allah menilai amal seseorang sesuai dengan petunjuk-petunjuk-Nya. Bagi Allah, amal yang memiliki nilai tertinggi di hadapan-Nya adalah amal yang dilakukan dengan ikhlas. Ikhlas bermaksud ianya bersumber dari satu keyakinan dan berdasarkan ilmu yang benar, sehingga lahirlah perbuatan yang terbaik.
Jadi, amal yang ikhlas itu merupakan amal perbuatan yang berangkat daripada keyakinan semata-mata kerana Allah, bukan kerana niat-niat yang ada di sebalik itu. Ciri-ciri dari sebuah perbuatan atau amal yang ikhlas adalah apabila ia dilakukan dengan cara yang terbaik dan berkualiti (the best). Manusia yang berangkat dari niat yang benar, ikhlas kerana Allah kemudian dia mengetahui ilmu yang berhubungan dengan perbuatannya itu, pasti dia akan melakukan yang terbaik di dalam hidupnya.
Orang yang beramal atau bekerja sesukahatinya, serta berbuat ala kadar, ataupun melakukan sesuatu kerana ingin dipuji orang bukan kerana Allah, biasanya selalu melakukan amal perbuatannya itu tanpa berlandaskan keyakinan dan kepercayaan yang teguh kepada Allah.
Demikian juga, ketika seseorang beramal atau berbuat sesuatu tanpa atas dasar ilmu yang benar, tidak didasarkan kepada teori-teori atau syariat-syariat yang telah ditetapkan, tanpa memenuhi syarat dan rukun daripada pekerjaan itu. Pasti pekerjaan itu tidak menghasilkan sesuatu yang terbaik. Tak mungkin seseorang mampu berbuat atau beramal baik, kalau dia tiada ilmunya, pasti perbuatannya itu akan penuh dengan masalah.
Kerana itulah dalam melakukan apa saja pekerjaan, terutama yang berhubungan dengan agama Islam, baik dalam hubungan kita dengan Allah atau sesama manusia serta alam ini. Maka kita harus berangkat dari sebuah keyakinan terlebih dahulu, keikhlasan dan ketulusan semata-mata kerana Allah, tetapi pada saat yang sama kita melakukannya atas dasar ilmu yang telah kita miliki itu. Inilah makna dari amal yang ikhlas, maka ketika Allah telah menegaskan bahawa kita ini diberi hidup dan mati atas landasan ujian di antara kita yang paling baik amal perbuatannya, amal ibadahnya.
Allah berfirman, “Liyabluwakum ayyukum ahsanu ’amala”.
Ini secara jelas menunjukkan kepada kita yang perbuatan paling baik adalah perbuatan yang berlandaskan daripada niat yang ikhlas dan berdasarkan ilmu yang benar. Niat yang ikhlas saja tanpa ilmu pasti menimbulkan kesalahan dan kecelaruan, ilmu saja tanpa niat yang ikhlas pasti akan menyimpang dari nilai-nilai kebenaran. Kerana itu, mengamalkan apa saja yang menjadi ajaran Islam yang kita yakini itu, harus berangkat dari kepercayaan dan keikhlasan yang ada di dalam hati kita, kemudian dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada di otak kita. Namun setiap pengamalan berdasarkan ilmu fikiran belum cukup dan mampu mentafsiran perkara ghaib (yang hanya Allah sahaja mengetahuinya) yang bersifat mencabar fakta serta logik akal. Namun panduan daripada Rasulullah S.A.W, para sahabat dan ulama’ telah membangkitkan ketetapan hati untuk meneruskan amal yang berpandu Iman (kepercayaan) yang teguh dan tetap pada Yang Maha Satu.
Daripada itu tiga unsur utama yang harus ada di dalam diri kita terhadap agama, iaitu IMAN, ILMU, dan AMAL. Maka, akan tidak berertinya keyakinan kalau tidak ada amal perbuatan, tidak berertinya ilmu yang kita punya kalau tidak melahirkan amal-amal soleh dalam kehidupan kita, bahkan naudzubillah ilmu yang tidak bermanfaat. Justru akan menjadi bumerang (alat) yang menghancurkan diri kita dan orang-orang lain di sekitar kita.
Namun, bagaimana kita perlu menggabungkan tiga unsur tersebut?
Apakah kita harus percaya dulu, kemudian belajar lalu beramal? Bukanlah itu cara yang harus kita tempuh, melainkan antara keyakinan, ilmu pengetahuan dan amal perbuatan haruslah diupayakan secara bersamaan, kerana ketiganya merupakan satu kesatuan yang tak dapat terpisahkan.
Ketiga prinsip dasar itu harus sentiasa kita asah,asuh dan kita perbaiki setiap saat, agar kita dalam melakukan sesuatu, benar-benar mendasari daripada keyakinan dan berdasarkan ilmu pengetahuan. Dari keyakinan kita lahirkan dorongan untuk selalu belajar dan belajar serta berbuat sesuatu dengan ilmu yang kita miliki itu.
Inilah tiga prinsip dasar yang harus sentiasa kita sematkan dan dijadikan prinsip dalam kehidupan kita, iaitu antara IMAN, ILMU dan AMAL, antara keikhlasan dalam hati, kecerdasan dalam otak dan ketulusan di dalam beramal.
Maka menjadikan kita manusia yang cemerlang untuk Agama.
Komen-komen
  1. Annfal Berhan berkata:

    This is my azam for this year 2012

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s