Jangan lakukan 7 perkara ini selepas makan!

Posted: Mac 22, 2010 in Isu, Sosial
Tags: ,

Di bawah nie disenaraikan 7 perkara yang tak patut dibuat sejurus  selepas makan. Ikutilah tips di bawah demi menjaga kesejahteraan tubuh badan korang yer…:–

1.   Jangan merokok– kajian yang dijalankan oleh pakar membuktikan bahawa menghisap rokok sesudah makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok (peluang untuk mendapat barah kanser adalah lebih tinggi… ingat tuh!)

Jangan merokok tau...!

2.  Jangan terus makan buah-buahan – Memakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana masuk angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam

sebelumnya … sedikit info tambahan: you all tau tak kalau kita ‘consume’ mana-mana jus buah-buahan, ia akan lebih membantu dalam menurunkan berat badan berlebihan. Misalnya, pengambilan jus epal cider madu epal atau ‘honey apple cidersebelum makan akan membuatkan anda berasa lebih kenyang dan lambat berasa lapar.  Ia juga dapat meningkatkan kadar metabolisme dalam badan dan menurunkan kadar kolestrol supaya lebih mudah untuk anda lose weight.

Eat fruits BEFORE you eat your meal...got that...?

3.  Jangan minum teh – Kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang dimakan menjadi lebih keras, maka ianya akan  lebih sukar untuk dihadam. Kalau nak minum pun, jarakkan sikit waktunya selepas makan, yer…

tea_cup_small

4.  Jangan longgarkan tali pinggang anda – Melonggarkan tali pinggang sejurus selepas makan dengan mudahnya akan menyebabkan usus berpusing dan tersekat … huhu …

5.  Jangan mandi – Terus mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan, justeru jumlah darah di sekeliling perut akan menurun. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut anda. Satu lagi, mak bapak kita selalu pesan kalau mandi lepas makan, perut buncit…😀 .. So, baik you all ikut jer nasihat nie..:-)

taking a shower

6.  Jangan berjalan-jalan – Ada pepatah Inggeris yang berbunyi “Walk a hundred steps after a meal, then you’ll live till 99″…:-) Hakikatnya, ini tidak benar. Actually, berjalan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan. Seelok-eloknya tunggu lebih kurang setengah jam atau sejam selepas makan, barulah anda boleh pi berjalan-jalan…

7.  Jangan terus tidur – Biasanya lepas makan hidangan yang berat seperti nasi, badan kita akan jadi sangat malas dan lemah. Kalau ikutkan hati, best nyer dapat tido terus…huhu.. Tetapi anda kena lawan perasaan malas tue kerana makanan yang dimakan tidak akan dapat dihadam dengan sempurna kalau kita terus tido. Ini akan membawa kepada keadaan gastrik dan jangkitan di dalam usus kita. Kita juga mungkin mudah mendapat ‘heart burn’ atau pedih ulu hati… So, janganlah ikut seperti En. Homer di bawah nie yer…

Sleeping on a FULL stomach...bad example, Homer!

Komen-komen
  1. ibnrajab berkata:

    info yg bagus

  2. Nur Amira berkata:

    thanks for the info

  3. Nur Amira berkata:

    xsangka petua2 jgn mandi lepas mkn betui…xplaintion yg logik…bagus

  4. ana berkata:

    hehe..semua saya dah ikut kecualli makan n then minum ngn air teh.. em yang tuu selalu saya amalkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s