Sumatif atau Formatif…

Posted: Julai 2, 2010 in Isu, Pelajaran
Tags: , , , ,


Penilaian Berasaskan Rentasan Ilmu

Baru-baru ni, YAB. Tan Sri Menteri Pelajaran telah timbulkan isu pemansuhan UPSR & PMR.

Macam2 komen keluar daripada lidah2 org berkenanaan. Tak kira lah sama setuju atau tidak. Dari hemat aku, ramai yang galakkan mansuhkan UPSR & PMR ni. Nak kurangkan stress belajar anak-anak katanya.

Guru-guru banyak sangat lega lah kata orang awam. Depa kata lagi, untunglah cikgu sekolah dah tak dak kheja nak buat.

Kementerian pun dapat jimat duit.

TAPI…TAPI..TAPI…

Yang paling best, mula2 cakap tidak setuju dengan pemansuhan UPSR & PMR ini YB.Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Menteri Kabinet tu..

Alasannya banyak dan macam-macam lagi.

Soalan yang perlu ditanya ialah apakah peperiksaan UPSR dan PMR yang diamalkan sekarang dapat menguji dan merangsang dengan berkesan keupayaan murid untuk berfikir secara kreatif dan inovatif?

Atau apakah kedua-dua peperiksaan ini hanya menggalakkan pembelajaran secara hafalan, atau rote learning, dan meminggirkan aspek kreativiti dan inovasi?

Keupayaan kedua-dua peperiksaan UPSR dan PMR untuk menguji daya kreativiti dan inovasi murid adalah amat terhad. Misalnya, soalan berbentuk objektif atau pelbagai pilihan (multiple choice) yang terdapat dalam kedua-dua peperiksaan ini lebih cenderung untuk menguji daya ingatan murid, bukan keupayaan mereka untuk berfikir secara kreatif dan inovatif.

Bentuk peperiksaan ini juga mengehadkan skop pembelajaran murid kepada apa yang diajar oleh guru dalam bilik darjah. Ruang untuk murid berfikir di luar kotak, berfikir secara kreatif dan inovatif, adalah amat sedikit apatah lagi untuk menyerlahkan bakat terpendam mereka.

Ada beberapa kaedah lain yang boleh menguji daya kreativiti murid secara lebih berkesan. Antaranya ialah penilaian berbentuk penyelesaian masalah dan berasaskan projek.

Melalui kedua-dua kaedah ini, murid berpeluang untuk menyerlahkan keupayaan berfikir secara kreatif dan inovatif dalam merungkai permasalahan atau menyiapkan projek yang diberikan oleh guru.

Guru-guru boleh mengenal pasti kecenderungan dan tahap kreativiti murid berdasarkan penilaian yang dibuat secara individu.

Kedua-dua kaedah penilaian ini lebih berkesan untuk mengenal pasti daya kreativiti murid berbanding dengan peperiksaan konvensional yang lebih menekankan daya hafalan. Penilaian berteraskan kreativiti ini boleh dibuat di sepanjang proses pembelajaran, bukannya di akhir proses pembelajaran sebagaimana lazimnya dalam sistem peperiksaan konvensional. Guru kemudiannya boleh mengenal pasti kaedah pembelajaran yang lebih berkesan untuk setiap murid berdasarkan kecenderungan dan kemampuan mereka hasil penilaian yang dibuat secara individu.

Penilaian berteraskan daya kreativiti tidak dapat diberikan tumpuan sewajarnya di sekolah-sekolah pada masa ini kerana penekanan yang berlebihan terhadap peperiksaan konvensional. Pengajaran dan pembelajaran di sekolah pula lebih tertumpu kepada usaha mempersiapkan murid menghadapi peperiksaan.

Sekiranya kerajaan memansuhkan UPSR dan PMR serta menggantikan kedua-dua peperiksaan ini dengan kaedah penilaian yang dapat menguji aspek kreativiti dan ingatan murid secara seimbang, sudah tentu akan berlaku satu bentuk revolusi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pembelajaran dalam bilik darjah akan lebih menjurus kepada proses perbincangan dan percambahan fikiran yang interaktif dan menyeronokkan.

Guru-guru juga akan lebih kreatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Mereka tidak perlu lagi terlalu terikat dengan kandungan buku teks dan rancangan mengajar yang ketat.

Guru-guru sebaliknya boleh menggunakan kaedah dan bahan mengajar yang sesuai. Proses pembelajaran tidak lagi kaku dan membosankan, tetapi lebih ceria.

Murid juga lebih bebas meluahkan perasaan, menyatakan fikiran dan menyerlahkan bakat semula jadi mereka. Konsep pendidikan berteraskan murid akan menjadi kenyataan, bukan sekadar retorik.

Malah, guru juga akan memiliki autonomi profesional yang sebenar, iaitu kebebasan untuk merancang dan melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dengan suasana lingkungan.

Bukankah ini bentuk persekolahan yang kita idamkan untuk anak-anak kita? Ibu bapa tidak perlu lagi berlumba-lumba untuk menghantar anak ke sekolah berasrama penuh atau sekolah berprestasi tinggi, kerana setiap sekolah adalah sekolah cemerlang.

Proses pembelajaran yang disebutkan ini sebahagiannya sudahpun berlaku di sekolah kita. Tetapi selagi mana sistem peperiksaan kita tidak memberikan tumpuan kepada aspek penting ini, selagi itulah kita gagal untuk memperkasa dimensi daya fikir yang kreatif dan inovatif dalam sistem pendidikan kita.

Untuk itu, saranan supaya peperiksaan UPSR dan PMR dimansuhkan perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas. Bagi saya, ia amat berkait dengan hasrat untuk merevolusi sistem pendidikan negara. Kita perlu melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif melalui sistem pendidikan kita.

Justeru, sudah sampai masanya sistem peperiksaan di negara kita digantikan dengan satu sistem penilaian yang dapat mengukur daya kreativiti dan inovasi murid secara seimbang.

Jika kita ingin mengorak langkah ke hadapan untuk menjadi sebuah masyarakat dan negara maju, maka kita mesti berani melakukan perubahan dan menerima perubahan.

Paling penting adalah perubahan dalam sistem pendidikan yang akan memacu perubahan dalam ekonomi, masyarakat dan negara. Sementara itu, kita sendiri perlu terlebih dahulu mengubah cara kita berfikir.

Yang menjadi MASALAH SEKARANG bukannya “Sistem” tetapi “Pelaksanaan Sistem”. Adakah ia dapat mencapai matlamat penilaian ini?

Tepuk dada, Lu pikir la sendiri…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s