Nilai seorang sahabat…

Posted: Julai 7, 2010 in Saya, Sosial
Tags: , ,

Nilai lah persahabatan ibarat Siput dengan Cengkerangnya.

Salam semua,

Tah kenapa malam ini aku tak dapat tidur seperti selalu. Minda terfikirkan kenangan belajar aku sepanjang hidup ini. Wajah-wajah sahabat yang sangat akrab dengan aku menjelma kembali. Hahahah…memang lawak bila tergambar aneka kerja-kerja musang kami. Memang nakal.

Tapi inilah sahabat sejati aku. Membantu tatkala aku susah dan bersama tatkala aku senang. Aku?? Sama macam mereka. Payah la aku nak berpaling tadah pada sahabat. Cuma aku selalu meyakinkan diri bahawa rakan yang dipilih menjadi sahabat yang diharap.

Ah, susahnya.

Tapi kenangan kelmarin menjadikan aku berfikir….

Bagaimana keadaan aku jika aku ditempat sahabat yang banyak dicuba.

Mudah bagi kita berkata;

Cubaan itu adalah ujian daripada Allah kepada hamba-Nya yang disayanginya.

Tapi cuba bayangkan emosi, jasmani dan minda yang dicabar ini. Amat berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Ramai daripada sahabat aku hadapi masalah sebegini. Untungnya kita harus…bukan harus tetapi WAJIB bersama mereka disamping yang tersayang. Memanglah yang tersayang itu faham. Namun jiwa lelaki hanya lelaki yang mengetahuinya. Amat kompleks dan tersirat…Jarang tersurat.

Untungnya ada sahabat.

Jadilah seorang yang memberi…kepada sahabat yang dicari.

Buat sahabat yang ditimpa ujian. Nah, kami disisi disamping orang yang tersayang. Luahkan jika perlu. Jika tidak nah…baca lah harapan kepada tuhanmu. Ya Rahman Ya Rahim…

Nukilan dari Sahabat Buat Sahabat….

p.s : pueh la hati aku bila tulih ni. Rindu pada semua geng di Taski Nurul Husna, SK Penaga, SK Permatang Sintok, SMA DMW, SMK Sri Muda, SMKA Nibong Tebal, SMKA Al-Mashoor (L), USIM, dan IPG Kampus Sutan Abdul Halim…….Geng SK Alor Janggus jugak…

Komen-komen
  1. Hunaif berkata:

    artikel yg bagus bro….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s