La Tahzan Ujian Keimanan.

Posted: Julai 15, 2010 in Agama, Saya
Tags: ,

Payah rupanya jika kita ternanti-nati sesuatu yang tidak pasti bila. Hati tertanya-tanya sampai terbawa-bawa ke alam mimpi.

Pedih sangat jiwa bila yang dikendong tercicir kerana apa tah. Bila dilihat yang diasuh terkejar-kejar bertanya;

Ustaz,bila ustaz nak ajar kami semula. Kami rindu ustaz. Kami janji tak buas lagi.

Pengharapan makin meruntun jiwa. Nah ini contoh sifat yang mazmumah. Kan Islam mengajar hambanya berSABAR. Adakah kerana ujian ini kita leka dan tidak berserah?

Ibu pernah berkata kepada Si abang;

Along, kan along yang beri nasihat pada adik supaya bersolat tahjjud dan dhuha tatkala kita berasa gundah. Tenangkan jiwa dengan Quranmu… Banyakkan diri dengan membaca dan menulis ilmu.

Buku La Tahzan karya Dr. Aidh Al Qarni memang banyak menggerakkan jiwa dan minda. Akal akan berfikir dan hati akan bermunasabah.

Wah, banyaknya kejahatan dan kekotoran dalam hati aku ni. Patutlah dengan ujian yang kecil aku tak mampu menanggung. Ujian Ekonomi, Ujian Sikap, Ujian Keluarga, dan pelbagai jenis ujian nah aku tanggung.

Rasulullah diberi ujian yang sangat,sangat,sangat berat. Adakah aku tak mampu mencontohi pekerti mulai ini.

Ingatlah! Sesungguhnya Allah bersama hamba-hamba-Nya yang sabar.

Apa yang perlu dilakukan ialah merancang dan teruskan kehidupan dengan memandang ke langit. Lupakah aku tika aku memandang ke langit tidak lama dahulu. Allah telah membuka seribu rahmat dan nasib semasa temuduga aku.

Nah, sekarang rasakan cubaan dari Zat YAng Maha Berkuasa.

BERSABARLAH WAHAI ORANG BERIMAN, SESUNGGUHNYA UJIAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA INGATAN ALLAH KEPADA KITA…..

-> Dedikasi buat semua sahabat jqaf yang termenung menunggu posting termasuk aku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s