Legendary Nasi Kandar Line Clear*

Posted: Julai 19, 2010 in Saya, Sosial
Tags: ,

Pandangan hadapan Nasi Kandar Line Clear yang legend tu

Betapa legend-nya kedai Nasi Kandar ni menyebabkan aku bersama isteri membuat kegilaan separuh masak dengan bergerak dari Alor Setar ke Penang semata-mata nak makan nasi kandar mamu ni. Pergghhhh sedap lah sangat lepas makan. Lepas tu apa lagi, balik umah mak aku di Kepala Batas, Penang la. Bila teringat balik memang lawak sanggup beratur panjang di Feri( pergi balik) semata-mata nak makan air tangan mamu ni.

Rempah giling dia menjadi kegilaan kebanyakkan “true people” Penang la. Memang tak sah la kalau tak kenal restoran ni kecuali….hihi.

Mamu ni tengah bubuh nasi dan lauk pauk

Fakta Line Clear:

  • Berniaga makanan/nasi kandar tidak perlukan bangunan atau premis yang cantik. Tapi mampu menarik pengunjung setiap hari, 24 jam sehari.
  • nasi kandar Line Clear yang tersohor di Penang letaknya hanyalah di lorong antara dua bangunan.
  • bermula sejak dahulu, zaman jamban pakai bucket.hahaha
  • asal usul nama Line Clear : bila nak buka kedai pagi-pagi, kena tunggu pengangkut najis habis kerja, sebab lorong tadi menjadi laluan pengangkut najis. Bila kerja pengangkut najis telah selesai, maka bertempiklah pekerjanya, ” Okey, Line Clear!“. Semua pun mulalah menyusun meja dan sebagainya untuk mulakan perniagaan.
  • Line Clear hanya menyediakan hidangan nasi kandar yang tersedap di Penang.Memang dahsyat la kesedapan rempah ratus dia.
  • bila ambil order, pelayan akan berkata, “Line clear!“. Maksudnya, OK.
  • pekerja-pekerja Line Clear orang sama dari dulu sampai sekarang, jangan harap akan jumpa pelayan yang cantik molek. Restoran nasi kandar di seluruh Penang tak pernah ada pelayan perempuan. (yer ker?). Tua-tua belaka lah pelayan kita ni.tapi memang pelawak.

Line Clear boleh survive sampai hari ini. Purata harga makanan setiap orang dalam RM7.00 sekali makan. Line Clear dibuka 24 jam sehari. Pengalaman aku, Line Clear yang boleh memuatkan hampir 50 orang satu-satu masa, dan setiap masa penuh. Cubalah kira berapa keuntungan setiap hari.

Fikir-fikir, macam mana Line Clear boleh survive dan menarik pelanggan. Mungkin servis diorang yang memang baik. Nak makan nasik kandar, mai Penang, pi Line Clear! (Dekat Penang Road, sampai Komtar tanya mana kedai dia.)



Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s