Hak isteri atas suami?

Posted: Julai 30, 2010 in Agama, Saya
Tags: , , , ,

Suatu perkara yang boleh menukarkan perkara DOSA kepada PAHALA iaitu NIKAH

Satu kisah yang agak menyentap hati aku. Bila difikir-fikir ada keberkatan dalam hikmah bernikah dan beristeri.

Sama-sama kita renungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya.

Lelaki ini berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar.
Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?”
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata: “Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: ‘Kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”

Umar berkata kepadanya: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku.
“Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.
“Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”

Lelaki itu menjawab: “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”
Umar pun berkata kepadanya: “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja.”

Alhamdulillah jika masih ada para suami yang dapat bersabar dengan kerenah isteri begini. Lazimnya, jika salah cakap sedikit pun si isteri dah terkena.. Berbalik kepada kisah ini yang menyatakan bahawa memasak, membasuh dan sebagainya tidak diwajibkan kepada isteri. Jadi mesti ramai yang tertanya, apa tugas wajib isteri? Seingat saya ketika mendengar syarahan ustaz di al-Kuliyyah, ada 4 tugas wajib isteri iaitu:

(1) Melayan suami dengan baik

(2) Melayan anak dengan baik

(3) Mendidik anak

(4) Tak ingat, hehe..(faham2 saja lah)

So, kata ustaz tu masak memasak, basuh membasuh, kemas mengemas dan sebagainya adalah tugas bersama.. bukan tugas isteri seorang. Tapi lazimnya seorang isteri atau ibu tak pernah berkira dengan semua tugas dan kerja2 rumah nie..cuma janganlah pula suami lepas tangan dan menyerahkan sepenuhnya semua tugas kepada isteri walaupun isteri surirumah.

Jangan hanyut dalam cinta dunia hingga lupa membentuk isteri dan keluarga

Tugas suami memimpin keluarga. Si isteri tugasnya membentuk keluarga. Semuanya mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.

Jadi sama-samalah kita menjalankan kewajipan dengan sebaik2nya.

p.s: dedikasi buat Ku Majidah Ku Yaacob yang sudi menjadi teman sebantal dan pendengar yang setia buat sepanjang masa. Insya Allah)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s