Sekolah Ramadhan, Tuhan Pengetuanya.

Posted: Ogos 4, 2010 in Agama, Isu, Saya
Tags: , , ,

Alhamdulillah, masa berlalu dengan pantas sekali.Sangat-sangat dirasakan setiap hari semua yang dirancang amat tidak dapat dilaksanakan dengan tepat. Rejab telah berlalu, Sya’ban pasti berlalu, dan Ramadhan nan tiba.

Pelbagai peristiwa berlaku dalam bulan2 Islam ini umpamanya Rejab dengan Israk Mikrajnya, Sya’ban dengan peristiwa penukaran kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Masjidil Haram di Mekah Mukarramah. Dan Ramadhan penuh dengan mukjizat antaranya kemenangan dan kejayaan tentera Islam pimpinan Rasulullah di Perang Badar Kubra menentang Musyrikin Mekah.

Kini pendaftaran untuk sekolah Ramadhan hampir dibuka. Apakah kita semua akan menjadi pelajar terbaik di sekolah Ramadhan kali ini atau hanya menjadi pelajar tercorot yang tidak mendapat hadiah daripada pengetua sekolah.

Teringat kuliah beberapa minggu ini yang menyentuh tentang perihal Sekolah Ramadhan ini. Sifatnya sebagai pendidik, pembimbing dan pembentuk jatidiri Muslim dan manusia amnya. Yang menjadi penilai hanya satu dan Maha Esa Allah s.w.t.

Aduhai malunya diri ini!!

Nama jolokan Sekolah Ramadhan diambil daripada bahasa arab iaitu Madrasah Ramadhan. Madrasah atau sekolah Ramadhan ialah bulan dimana semua orang Islam dididik untuk menjalankan perintah Allah dengan menunaikan puasa. Definisi puasa di sini bukan sahaja merangkumi menahan lapar dan dahaga namun ianya jauh lebih itu. Pendidikan Ramadhan mengajar seorang manusia menjauhi perkara yang boleh membatalkan puasa, menahan nafsu, menjauhi segala bentuk maksiat dan memberi manusia kelonggaran untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ianya seperti sebuah penyegaran atau “refreshment” hati manusia untuk kembali dekat dan lembut kepada Allah SWT.

Apakah kita terkira betapa banyak nikmat Allah yang kita abaikan rasa syukur kepadaNya. Berapa banyak masa yang telah kita lalaikan menjauhi mengingatiNya. Dan, berapa banyakkah harta dan amal kita yang kita lakukan tanpa menyertai Allah dalam hati kita.

Inilah masa tibanya Ramadhan dimana sahabat-sahabat Rasulullah di zaman baginda menyambut Ramadhan dengan meriah, dengan gah kerana merasa bertuah dipilih Allah untuk berada di sekolah Ramadhan. Janganlah pula kita merasakan ini sebagai satu beban atau sebagai suatu ritual biasa yang dilakukan setiap tahun. Apakah perasaan kita apabila meraikan seseorang pasangan yang sangat kita cintai setelah berlama tidak jumpa, tidak bersua dan melayan rona rindu daripada jauh sehingga mampu menitiskan air mata apabila bertemu. Alangkah indahnya jika kita menjadikan pasangan itu ialah Ramadhan kerana Allah masih mahu mendidik kita dalam bulan ini. Allah masih memberi peluang dan ruang menerima pendidikanNya di bulan Ramadhan. Didiklah diri kita mendekati diri kepada Allah dan jadikan Ramadhan sebagai jalan menuju ketakwaan. Segala puji bagi-Nya tuhan yang merahmatkan orang-orang Islam dengan Ramadhan.

بركللهم لنا في شهر الرمضان

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s