Kenapa dengan Roh?

Posted: Ogos 12, 2010 in Agama, Isu, Saya

Bismillahir Rahmanir Rahim,

Syafiq, bawak tak barang yang mak pesan td?

Baru aku teringatkan sesuatu..

Alamak, aku lupa lah pulak. Hisshhh, nak buat macam mana ni.

Sejak kebelakangan ni aku kerap terlupa.

Tak semena-mena aku teringatkan Sirah Nabi berkaitan dengan perbuatan aku kali ini.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari beberapa orang penduduk Mekah datang berjumpa dengan Nabi S.A.W untuk bertanyakan mengenai hal Roh,kisah Ashabul Kahfi & kisah Dzulkharnain. Nabi lalu menjawab, “Datanglah pada esok pagi agar aku dapat menjawabnya”.

Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi S.A.W hatta baginda gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan itu. Dan tentu sahaja kegagalan ini menjadi bahan cemuhan orang-orang kafir.

Ketika itu turunlah ayat 23 & 24 dari Surah Al-Kahfi yang menegur perbuatan baginda itu.

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, ‘Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada esok ‘ , kecuali (dengan menyebut) ‘ InsyaAllah’ . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah ‘Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini’.

Menerusi kisah dari AlQuran ini secara jelas Allah S.W.T telah menekankan kepentingan mengucapkan Insya Allah bahkan Nabi pun mendapat teguran ketika alpa mengucapkan Insya Allah. Beginilah kita harus memahami makna ungkapan Insya Allah; ia menegaskan kesedaran manusia akan keterbatasannya, perasaan rendah hati seseorang yang hendak berbuat sesuatu mengetahui bahawa diatas semua yang ia lakukan dan katakan, Tuhanlah yang memiliki kekuasaan untuk mewujudkannya.

Begitu pula halnya ketika kita berjanji, sering kali kata Insya Allah keluar begitu saja sebagai perkataan biasa dalam pergaulan. Yang benar adalah, ketika kita diundang atau berjanji pada orang lain, kita ucapkan Insya Allah, lalu kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi undangan ataupun janji itu.

Bila tiba-tiba datang halangan seperti sakit, hujan, dan lainnya, kita tidak mampu memenuhi undangan ataupun janji itu, maka di sinilah letak kekuasaan Allah. Di sinilah baru berlaku makna Insya Allah.

Kesedaran untuk menguatkuasakan janji yang dilaksanakan adalah wajib. Namun menjadi natijah manusia terlupa dengan janji-janji yang ditaburkan. Disinilah perlunya disiplin diri dan amanah dalam melaksanakan janji itu tadi beserta dengan ikatan Insya Allah ke atas janji tadi.Moga-moga Allah dapat membantu kita menunaikannya.

p.s: “Maafkan Syafiq mak (ibu mertuaku), kerana terlupa ambilkan barang yang mak pesan tadi.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s