Deria Kita Delapan!

Posted: Ogos 19, 2010 in Agama, Isu, Saya

Salam, Bismillahir Rahmanir Rahim,

Pada diri manusia ini mengandungi 8 deria yang mengungkit DOSA dan PAHALA.

Aduh, pedih rasa bila setiap deria dipenuhi dengan acara atau tingkahlaku dosa.

Alhamdulillah baik2 sahaja bila semua deria dipenuhi pahala.

Nah! Pilih…..

MATA:

Orang kata dari mata turun ke hati. Hebatnya kuasa mata. Dengan sekilas pandang banyak dapat ditafsirnya.

Sekali pandang itu rezekinya. Namun mesti ada dua kali pandang belum tentu cukupnya. Pandang2 jeling2 terbeliaklah mata didalam kubur.

LIDAH:

Harapkan pedang tajam lagi lidah bila berperang. Cakap2 apa yang tak mampu dibuatnya. Fitnah…Mengadu Domba…Batu Api…Lidah Bercabang…Buruk Siku…Perli Orang…Marah Orang…dah macam2 ada. Semua tumpu pada lidah.

Ada orang kata “Kerana Pulut Santan BInasa, Kerana Mulut Badan Binsa”. Memang la dah kena penampar jepun baru sedar kata salah cakap.

Nak baik mudah saja, Allah & Rasulullah sudah nyatakan Zikir itu pengubat lidah & jiwa.

TELINGA:

Dengar lagu hawa telinga. Buat hiburan dikala senja. Jlangan sampai leka dan segan kerana lagu si anak setan.

Dengan telinga macam boleh dapat dari AAAA sampai ZZZ. Memang ada connection lah antara LIDAH-TELINGA. Kalau yang baik takpa juga. Inikan pula penambah dosa.

Memang berlonggok-longgok team pengumpat ni dari satu organisasi ke persatuan memang boleh bertemu team ini. Nak kenal?? Senang ja.

Atas meja ada mempelam, Buat dicicah bersama jeruk,

Team pengumpat senang nak cam, depa ni duduk mesti berkelompok.

HIDUNG:

Bab ni payah nak kata. Bila dikata perempuan yang kena. Nak kata badan busuk belum tentu lah. Tapi yang tak bestnya pakai minyak wangi macam selori. Nak satu dunia tau ka dia wangi sangat.

Astaghfirullah…cukup buat si Abang lena. Jangan di ajak si bukan empunya. Kelak binasa badan si dia.

TANGAN:

Ini dia anggota berguna. Jika diguna dengan sebaiknya.

Tangan dihulur buat sukarela. Diserah yang kanan, yang kiri tak mengertinya. Buat berkat dengan sedekah. Faedahnya banyak buat diri. Ubat bagi kesihatan umat. Ubat bagi jiwa yang kedekut.

KAKI:

Setapak langkah dikira amalan. Pahala bagi yang beramal soleh. Punya hebatnya kaki ni sampai diibaratkan Syurga dibawah telapak KAKI ibu.

Masya Allah..kaki oh kaki. Kalau tak ada kaki mesti kira rasa macam tak sempurna. Frusssttt…

Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat yang telah di Kau berikan ini. Amin..

Kita tengoklah orang kencing manis yang kena potong kaki. They lost their feeling & hope. How frusted they are. Mau rasa ke? Takkan tak bersyukur lagi.

Deria utama ialah HATI:

Dari mata turun ke hati. Fuhh..Hati yang mempengaruhi segala-galanya. Hati adalah remote kepada amal perbuatan kita. Sampaikan Nabi S.A.W telah bersabda tentang seketul daging dalam diri manusia. Jika daging tu elok maka elok lah orang tu. Tapi jika daging tu teruk..busuk..bangkai. Maka buruk lah orang itu.Sahabat tanya Nabi S.A.W tentang daging itu. Maka dijawab Nabi S.A.W bahawa daging itu adalah HATI.

Inilah kenapa dikatakan kena lihat dengan mata hati kerana hati tidak menipu. Hati melihat dengan Roh.Ia dekat dengan Roh…Berubahlah mulai dengan niat di hati.

Sabda Nabi S.A.W:

Innamal ‘amalu bin niat.

Mula sesuatu dengan niat. Niat yang baik diberi pahala. Niat yang buruk sehingga ia lakukannya baru diberi dosa. Mudahkan ganjaran yang Allah telah sediakan pada hamba-Nya yang ingat akan-Nya. Allahu Akbar!

KITA MESTI BERANI BERUBAH!  DARE TO CHANGE!

MULAI DENGAN AKU!  START WITH OURSELVES..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s