RUGI vs UNTUNG

Posted: Ogos 25, 2010 in Isu

Salam,

Alahamdulillah, Kerajaan 1Malaysia mengumumkan pemanis buat penjawat awam & veteran pencen RM500 untuk Raya Tahun 2010 ini. Bagus sangat2 bagi orang seperti kami yang menagih wang poket buat sesuap nasi. Sila rujuk sini Bantuan Khas Sempena Aidilfitri

Namun merujuk amanah sebagai penjawat awam. Apa kaitan rugi dan untung dalam isu ini?

AMANAH:

Kita sebagai penjawat awam dituntut berlaku amanah dalam tugas. Jika dinilai dengan tugas kita adakah berbaloi gaji? Bagus jika ya. Bagaimana yang rajin menculat (ponteng kerja)? Astagfirullah. Bertaubat lah.

Ini amanah kita dengan banyak golongan daripada dengan Tuhan hinggalah diri sendiri. Semasa ditemuduga, macam2 alasan diberi. Sangguplah, taat lah, semua boleh. Namun bila terima perlantikan. Nah seribu alasan mengelak.

Bagaimana nak dikatakan cemerlang golongan begini? Ya ianya untung didunia. Namun bukan diakhirat.

Bahkan dikeji dan disoal bertalu2 tentang amanah. Jangan ambil jika tak mampu ibarat orang yang pikul balak berat, digagahi tambah lagi walau dah hampir capek.

Rugi sangat2.

Namun tabik spring bagi yang terbaik dikalangan terbaik. Bukan menunjuk namun agihan amanah tadi dibahagi dengan tepat dan berkesan. NO EXCUSE kata orang puteh. Orang ini baru dikatakan untung. Hati2 juga dengan orang macam ni juga kalau2 niat kerana dunia. Hanya dunia yang dia dapat. Rugi juga.

Orang yang ibadatnya seperti akan mati esok, bekerja seperti akan hidup selama-lamanya. Bila dah seimbang kiri dan kanan. Baru boleh untung. Formula buku tunai lah ni. Dunia dapa,t akhirat dapat.

Untung…untung…2 kali untung.

Jadi berlaku amanahlah dengan kerja dijawat. JANGAN digaduh tentang bonus,elaun, imbuhan, tuntutan, bantuan dan sebagainya.

p.s:sedih sangat isteri masuk wad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s