Aku Bukan Tak Mahu….

Posted: Ogos 31, 2010 in Agama, Saya

Salam,

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Firman Allah dalam Surah Al-’Asr 103: (Ayat 1-2) yang bermaksud:

((Demi Masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian…))10 malam terakhir Ramadhan menggamit seruan meningkatkan amalan soleh dengan lebih bersungguh-sungguh dan istiqamah.

Inilah masanya kita mengasuh dan menekankan peri pentingnya bertetapan dengan amalan kita yang amat sedikit ini. Namun berterusan….

Tetapi ramai dikalangan kita yang lalai dan alpa dari melakukan amalan yang memberi jutaan rahmat dari Ilahi ini.

“Ya Allah, Ampunilah daku, Sesungguhnya daku termasuk dari kalangan orang yang lalai”

Astaghfirullahal ‘azim!

Firman Allah dalam Surah Al-’Asr 103: (Ayat 3) yang bermaksud:

((Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.))

Terima kasih isteriku atas pesanan mu walau dikau jauh dari sisi ku.Tidak mu lupa suami mu yang kenal alpanya.

Jangan malu dengan kekurangan mu. Bukankah ini sikap & sifat bersuami-isteri? Kekurangan kita merupakan kekuatan kita. Baiki diri namun jangan dijauhkan diri dari perintah Ilahi yang Maha Berkuasa. Kita manusia sentiasa diuji dengan ujian yang (Insya Allah) kita mampu hadapi.

“Ya Allah, Ampunilah daku,isteriku, kedua ibu bapa kami,keluarga kami, kerabat kami, seluruh muslimin muslimat. Kuatkanlah diri kami pada malam-malan akhir Ramadhan ini. Campakkanlah keberkatan mu dan hidayah mu agar kami mampu mendekatkan diri dengan Mu Ya Allah”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin!

Inilah masanya kita bertungkus lumus sebagaimana Rasulullah berusaha memenuhi malam-malam akhir Ramadhan dengan ibadat yang hebat dan berterusan….Allahu Akhbar!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s