Seruan Roh Jihad, Roh Ramadhan

Posted: September 10, 2010 in Agama

Salam Eidulfitri buat semua,

Semasa pulang dengan kemenangan dari perang Badar Kubra, Rasulullah S.A.W telah berpesan kepada para Sahabat Baginda bahawa walaupun mereka telah selesai berjihad hari itu. Namun mereka bakal menempuh satu lagi jihad yang lebih besar sepanjang hidup mereka iaitu JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU.

Dari mimbar Darussyifa’ pagi ini, Pak Imam telah menyeru para jemaah menghayati, meresapi dan meneruskan Ruh Ramadhan dalam diri masing-masing. Walaupun nur Ramadhan tahun ini telah berlalu. Namun tekadkan dalam hati bahawa Ruh-nya masih kekal di jiwa setiap insan bergelar muslim.

Pak Imam juga menegaskan dengan nada yang lembut dan tegas bahawa peribadatan sepanjang Ramadhan harus diteruskan dengan rasa istiqamah kerana Ibadat Ramadhan yang kerana Allah tadi adalah bukan kerana Allah hanya pada bulan Ramadhan tetapi Allah Tuhan Yang Maha Esa, Yang Tiada Awal-Nya & Tiada Akhir-Nya. Tuhan yang sama bagi ibadat sepanjang kehidupan. Keredhaan-Nya hanya untuk hamba yang bertaqwa.

Menghayati erti kata Ruh Jihad yang ditiup oleh Al-Rabb. Manusia sebenarnya mampu melakukan kebajikan dengan berkesan. Tiada maksud kata-kata “TIDAK” dalam diri. Buktinya; Siri kejayaan pejuang Islam melawan musuh di medan perang terutamanya Intifadah Palestin & Hizbullah. Bukti yang paling agung ialah Peperangan Badar yang berlaku pada Bulan Ramadhan dengan disifatkan tentera Islam yang serba kekurangan (kekurangan kelengkapan) bertemu tentera Musyrikin Mekah yang hebat dengan peralatan yang hebat dan canggih (seperti Amerika & Israel). Namun telah ditewaskan dengan semangat dan Ruh Jihad yang telah diasuh oleh Baginda Rasulullah S.A.W hingga menjadikan para sahabat r.a tekad dan azam dengan keazaman kepada Allah. S.W.T.

Ruh Jihad dapat dididik dan diasuh walaupun Nabi telah lama wafat. Ini dibuktikan dengan contoh-contoh terpuji ulama’ silam dengan Ruh Ramadhan yang dilaksanakan dengan penuh disiplin dn iltizam.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,

Ruh Ramadhan akan kekal dalam diri walau Ramadhan telah berlalu. Istiqamahlah diri dengan amalan Ramadhan kita walau sedikit. Inilah hasil didikan sekolah Ramadhan kita. Rapatkan diri dengan contoh terpuji.

Tuntutlah ilmu walau pun dengan hanya mendengar kerana tazkirah itu yang meransang hati menjadi segar dan menjadi makanan ruh.

Ilmu yang baik amat lazat pada hamba yang istiqamah. Terus lekatkan Ruh Jihad dalam hati dengan Ruh Ramadhan yang entah tidak kita bertemu tahun hadapan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s