Titisan darah isteriku-Siri 2 (Akhir)

Posted: September 23, 2010 in Saya
Tags: , ,

Kami bergegas dapatkan kerusi roda buat isteriku. Dalam hati aku dup..dap..dup..dap…macam mana sekarang ni? Adakah memandai dengan aku bertawakal.

Sepantasnya aku “parking”  kereta di tempat letak kereta dengan sesuka hati. Mana tahan! Risau ni…

Cepat2 aku naik ke Tingkat Dewan Bersalin. Mudah saja mulut cakap pada nurse,

Saya nak masuk juga tengok isteri bersalin.

Ok, encik boleh masuk dan isi borang ini dulu.

Boleh ke aku tahan tengok orang bersalin. Sedangkan tengok dalam laptop pun aku puas muntah..(kata2 dalam hati, mana ada orang lain dengar).

Jade telah dibawa masuk dengan ringkas aku berpesan;

Doa ye sayang, Kalau tak mampu cukup dengan istighfar dan sebut ALLAH sahaja.

Sementara menanti kebenaran masuk. Aku dah beberapa kali tawaf bilik menunggu tak tau lah. Tiba-tiba mak cik sekuriti panggil nama waris Ku Majidah. Aku dah dibenarkan masuk dan dibawa kebilik bersalin.

Disana aku perhatikan si isteri sedang terbaring lali dan sakit di atas katil.

Kesian nya sayang…Sabar ya demi anak kita.

Dari jam 7.30 pagi aku bersabar bersama SN MakCik Jah. Si Jade masih lagi sekejap sakit dan sekejap reda. Doktor mencadangkan agar isteri aku diberi dos agar bukaan bertambah kerana dah lebih dari 3 jam, bukaan masih pada 8 cm.

Oks ja.Lagi cepat bersalin lagi baik buat anak dan ibu; bisik hati aku.

Tepat jam 12.15 tengahari, Jade mula menunjukkan tanda-tanda nak bersalin.

Aduh sakitnya, abanggggg…kata Jade.

Sabar sayang! Istighfarr…baca doa. sambil mulut aku terkumat kamit sama membaca doa.

Doktor bersama nurse mula memberi arahan.

Baik puan, teran anak cepat. buat ikut arahan.cuba curi nafas bila teran dan teran bila sakit nak bersalin.

Proses berjalan panjang……cepat puan….dah nampak kepala baby.

Puas si isteri meneran.Tenaga yang kurang dan tidak mahir curi nafas membantutkan usaha. Aku cuba menjenguk…Haaaa…nampak kepala baby. Ini dah bahaya.

Sayang, abang nampak kepala baby kita dah. Tolong dia sayang…Tolong….

Kita sama-sama sebut ALLAH…dan teran..

ALLLLLAAAHHHHHHH…plopppp..kepala baby dah keluar.sepantas kilat doktor dan nurse menyambut baby. Aku tergamam antara nak menangis dan tersentak melihat zuriat aku. Tepat jam 12.21 tengahari.

Bukan gambar sebenar

Sayang dah berjaya…Alhamdulillah. Anak kita perempuan.Anugerah Allah.

Aku mencium dahi isteri dan diminta keluar dari bilik untuk mengazan dan iqamah bayi aku.

Setelah selesai. Aku pantas keluar memaklum pada ibu mertua dan adikipar yang setia menanti. Dan tiba-tiba aku terdengar;

Macam mana Along?? Mama dengan ayah pun sampai dari Penang tepat pada masanya.

Anak perempuan. Alhamdulillah dua-dua selamat.

Tahniah!!

Sekarang bermulalah kehidupan aku sebagai seorang dewasa yang telah tua…..untuk ALLAH,RASUL,AGAMA,KELUARGA DAN SEMUA….

Komen-komen
  1. as berkata:

    erm..aku igt ko amik gbr anak ko btl2..terkejut aku.huhu..pe pun tahniah.. laki aku takut nk tgk darah..hehe..die rel;a duk sblh aku je..ki3.. pe pun kire ok la ada suami disisi pemberi semangat..

  2. adinda berkata:

    tersentak baca cite hang ni……….tumpang gembira…tahniah……..

  3. din berkata:

    selai aku tengok gak anak aku kuar..tp hang lg hebat woi..dapat amik gambaq lg..tu tak pa.tp moment anak warna biru sblm tukar kaler merah hang dapat amik…aku tabik la kat hang!!!!!tahniah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s