Generasi Baru-Buta Sejarah @ Futuristik?

Posted: Januari 31, 2011 in Isu, Pelajaran, Sosial

Salam,

Mesir oh Mesir

Pening kepala aku bila leka tengok berita…Pasca PRK Tenang? Pasca Hosni Mubarak? Pasca “Project Runaway” Ben Ali?

Semuanya berkait dengan kehidupan masyarakat..Adakah kita peka atau pekak dengan keadaan? Bila dilihat generasi lama lain caranya, dan generasi baru konon peka dengan situasi (masih sama pemikiran).

Rujuk tulisan Blog Nobisha @ Bro Norizan ; Generasi C,X, whY dan Zzzz dimana agaknyacorak pemikiran generasi 10,20 tahun nanti. Jika dilihat dengan perilaku dan situasi sosial semasa. JANGAN HARAPLAH, MALAYSIA NEGARA MERDEKA DAN BEBAS KUASA EKONOMINYA!

KENAPA?????

Situasi di Kedah; 3 kawasan utama MAKSIAT dan KEBOBROKKAN SOSIAL 1. Alor Setar 2.Sungai Petani 3.Kulim

Jenuh la pegawai pencegah maksiat. tiap2 malam wajib dapat paling kurang 5 pasangan pelbagai umur. dari tua ke muda. dari yang dah kahwin kepada janda.

Bagaimana perlaksanaan agama dan moral sosial dalam sistem pendidikan?

>Semua bergantung kepada pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral semata. TANPA jalinan kurikulum dan adaptasi sosial dalam pelajaran lain.

>Everything is data. Letih woi!!

Takut bila ajar anak2. Masih lagi lupa2 dengan Rukun Islam dan Rukun Iman. Ini ancaman kehidupan!

Ada orang kata generasi sekarang buta sejarah..Adakah dia pasti hanya dia tahu sejarah?? Banyak sejarah yang sudah kita tahu. Sebut tahunnya; 1993, 1988, 1998, 2004, 2008, 2013?? Semua dalam koceknya.

Jangan kita sentimental sehingga alpa pada tanggungjawab. Kita mesti optimistik. Tetapi dipandu dengan sejarah.

Apa kata Bung Karno: Selalu melihat pada sejarah.

Sejarah sebagai panduan. Sebab itu dalam Islam dan Al Quran turut ditekan sirah nabi-nabi terdahulu. Supaya tidak ter’JAHILYYAH’ diri kita. Masyarakat jahiliyyah zaman Rasulullah dahulu bukan calang-calang. Mereka adalah specialist dalam bidang masing-masing. Ahli Perniagaan, Pakar Bahasa, Komander Perang, Panglima dsb.

Cuma yang menjadikan mereka JAHILIYYAH ialah unsur sekularisme. Sikap menolak agama dalam semua aspek kehidupan. Kerajaan telah giat berusaha mengadaptasi Islam dalam kehidupan. Jangan nafikan BIMB, Tabung Haji, IKIM, Perkim, Halal Corp dan byk lagi.

Fikir sebelum lakukan apa2. Lihat pada Mesir sekarang. Amat kucar kacir.Lebih baik keadaan dahulu yang aman dan selamat dari sekarang. Berubah tanpa gaya mencemarkan BUDAYA.

Komen-komen
  1. yusmariah mat yusof berkata:

    x dinafikan unsur-unsur islam diterapkan pada rakyat malaysia..tetapi hanyalah dalam aspek bisness shj..dalam pada itu pn masih bnyak yang melakukan rasuah,riba…bgaimana rakyat manusia nak hidup m’amalkan ajaran islam sepenuhnya??cuba fikirkan…ini sume juga kerana halal atau haram makanan y diberi makan..halalkah sumbernya??atau haramkah sumbernya??dari manakah??riba kah?rasuahkah??teorinya sahaja y digunakan tetapi tidak di praktikkan,tidak dijadikan amalan..padahnya..lihat malaysia kini sudah cukup/..belia semakin lemah…masyarakat hilang pedoman,terpesong akidahnya…bagaimana kita boleh selamatkan malaysia??dengan tuntutan islam yang menyeru umatnya memilih pemimpin yang menjadikan al-quran dan hadith sebagai panduan memimpin umatnya..ingatlah…dunia da uzur..n kiamat munyusul tiba

    • selaisepinggang berkata:

      kita penggerak perubahan bak firman Allah:
      “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s