Nuklear – Kita yang cuba bunuh diri!

Posted: Mac 19, 2011 in Isu, Saya, Sosial

Salam, Alhamdulillah dipermudah Allah untuk betah menulis semula.

Kenapa dengan orang kita nih. Memang kita suka dengan teknologi tetapi jangan diusik sarang tebuan. Baca nih…->

Sejarah Reaktor Nuklear Chernobyl

Di atas adalah imej Reaktor Nuklear Chernobyl yang telah musnah.

Nun kelihatan jauh berada di tengah gambar di atas juga loji nuklear Chernobyl di Ukraine (Bangunan beserombong asap). Gambar itu di ambil dari satu kawasan yang dipanggil Pripyat. Seramai 50,000 orang telah dipindahkan dari bandar ini setelah kebakaran loji nuklear yang berlaku pada 26 tahun dahulu. Bandar Pripyat ini di tinggalkan kerana kesan nuklear masih berlegar dipersekitaran. Namun mengikut rekod perpindahan keseluruhan penduduk di sekitar Chernobyl adalah seramai 200,000 orang.

Chernobyl adalah antara projek nuklear terawal negara Rusia. Ia meletup pada tahun 1986 yang mengorbankan banyak nyawa dan meninggalkan keturunan yang cacat akibat penularan radiasi yang meluas.

Stesen Tenaga Nuklear itu mempunyai empat reaktor, masing-masing mampu menghasilkan satu gigawatt kuasa. Pada waktu kemalangan, empat reaktor mereka berjaya menghasilkan sekitar cuma 10 peratus daripada kuasa elektrik yang digunakan untuk negara Ukraine.

Pembangunan Stesen Nuklear itu bermula pada tahun 1970-an. Reaktor yang pertama dari 4 reaktor itu mula bertugas pada tahun 1977, dan Reaktor No 4 mula menghasilkan kuasa pada tahun 1983. Ketika kemalangan itu berlaku pada tahun 1986, dua reaktor nuklear yang lain sedang dalam proses pembangunan.

Hanya selepas 3 hari kebakaran berlaku di Loji Nuklear Chernobyl, pihak Soviet akhirnya mengakui bahawa berlakunya malapetaka di loji tersebut, dan ketika itu, mereka sudah terlambat untuk mengosongkan daerah yang berhampiran reaktor itu. Tindakan lewat ini adalah kerana mereka mahu menutup berita dari pengetahuan orang ramai.

Itu pun kerana pada April 28, 1986 , pekerja loji nuklear di Sweden telah mengesan terdapatnya radiasi di pakaian mereka melalui keadah scan. Namun setelah di periksa, ia bukan datang dari reaktor nuklear di Sweden. Penemuan itu di buat melalui satelit yang berupaya mengesan zon merah yang menjadi punca dan mengenal pasti bahawa radiasi yang dikesan adalah dari Reaktor Nuklear Chernobyl yang jaraknya adalah 600 batu dari situ.

Akibat dari kebakaran itu, Banyak kematian yang melibatkan petugas pemadam kebakaran dan kakitangan yang berada di Chernobyl, juga di kalangan penyelam yang menyelam ke dasar kolam terletaknya injap yang kritikal yang mengakibatkan kebakaran tersebut. Terdapat juga Juruterbang helikopter yang kemudiannya jatuh sakit setelah mengangkut air dan simen bagi meredakan kebakaran di tempat celaka itu.

Ribuan anak-anak yang tinggal berdekatan bandar tersebut turut mengembangkan penyakit tiroid. Radiasi yang jatuh dibandar tersebut perlu memakan masa 300 tahun untuk menghilang. Begitu lah hebatnya kesan nuklear pada manusia. Hanya sekadar pengetahuan betapa kemodenan tidak menjamin keselamatan. Semakin maju, manusia semakin tamak dan akhirnya menimbulkan kemudaratan.

Musnahnya dunia itu kerana manusia. Ingat itu !

Admin – ANGIN, AIR, CAHAYA MATAHARI, OMBAK kan masih ada lagi atas muka bumi nie… kenapakah dok cari pasal dengan tenaga nuklear nie…..yang terima kesan ni kita semua la ANAK MUDA.kita BUKAN tolak kemajuan tetapi TIDAK pada Teknologi Membunuh Diri (Jepun yang dulu kita sanjung pasai teknologi pun, dah ada orang kita kutuk)

-edited from Kedah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s