Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa…

Posted: Mei 20, 2011 in Agama, Isu, Saya

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.’Baginda menyebutkan salah 1  diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

~ dah jadi dah…

2) Zina bermaharajalela.
‘Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.’- Sahih Muslim

~ dah nampak dah skrg…

3) Bermaharajalela alat muzik.
‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka’. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; ‘Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?’ Baginda menjawab: ‘Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita’- Ibnu Majah

~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik…

4) Menghias masjid & membanggakannya.
‘Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid’- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah…

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu……

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran’ – Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’yg tinggal…

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada (tak tau lah sapa agaknya)….

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
‘Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.’- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa…

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. ‘Di antara tanda² telah hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang’.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)…

10) Bulan sabit kelihatan besar.
‘Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.’- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok…

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamu dengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu’ – Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie……

12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq …

13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²’- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji… Mina dah kene banjir…

TOLONG INGATKAN PADA SAHABAT² LAIN!

Dari Abdullah bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w….bersabda:
‘Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat…’

Komen-komen
  1. norsulaiha berkata:

    harap orang yang membaca blog ini akan sedar dan insaf termasuk diri saya sendiri….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s