Guru adalah Pemimpin Amanah

Posted: Jun 5, 2011 in Agama, Isu, Saya

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Namun begitu perubahan dasar yang drastik dan kritikal telah memberi tekanan yang amat besar kepada guru-guru diseluruh negara. Sedikit demi sedikit nilai kemanusiaan seorang guru terhakis termasuklah nilai kepimpinan dan matlamat amanah bekerja.

Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru.

Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam membentuk nilai moral masyarakat.

Namun kebertangungjawaban seseorang guru terhadap memperkasakan nilai moral masyarakat sering kali  diperlecehkan oleh masyarakat dan media berdasarkan laporan-laporan akhbar yang tersasar dan berat sebelah. Salahlaku beberapa insan bergelar “GURU” ini sering kali di-tajuk-utama-kan oleh media tempatan dan sekaligus menjadikan profesion ini rendah martabatnya walaupun pada hakikatnya ia merupakan tahap tertinggi profesionalisme seseorang penjawat awam.

Mengapa ini berlaku? Kealpaan pada sikap amanah seorang guru terhadap muridnya. Terhadap profesionnya. Terhadap Masyarakat. Inilah punca asas keretakan profesion keguruan.
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى اله وصحبه اجمعين ومن تبعهم بإحسان الى يوم الدين، وبعد

Setiap perkara yang dipertanggungjawabkan ke atas manusia sama ada yang terdiri daripada kewajipan-kewajipan syara’ seperti ibadah dan yang seliannya seperti wadiah, keluarga dan harta adalah merupakan amanah. (lihat Wizarah al-Awqaf li as- Syu’un al Islamiyah, Al-Mawsu’ah al-Fiqhiyyah : 6/236)

Menunaikankan amanah dan memeliharanya telah digariskan oleh syara’ dan ia adalah satu kewajipan sebagaimana firman Allah:

إن الله يأمركم أن تؤدو الأمنت إلى أهلها
(سورة النساء :58)

Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”

Surah al-Nisa’:58

Di dalam ayat yang lain, Alah beerfirman bagi menyatakan di antara salah satu sifat orang-orang yang mendapat kejayaan itu ialah:

الذين هم لأمنتهم وعهدهم رعون
(سورة المؤمنون :8)

Tafsirnya: “Dan mereka yang menjaga amanah dan janji.”

(Surah al-Mu’minin:8)

Ungkpan yang sama juga Allah firmankan menyatakan bahawa di antara salah satu sifat orang-orang yang mendirikan sembahyang itu ialah:

والذين هم لأمنتهم وعهدهم رعون

(سورة المعارج: 32)

Tafsirnya: “Dan mereka yang menjaga amanah dan janji.”

(Surah al-Ma’araj :32)

Dua ayat yang sama teersebut, sekalipun dating dalam bentuk khabariyah (khabar berita), tetapi ia sebenarnya mengandungi makna insya’iyyah (tuntutan atau perintah). Dengan itu kedua ayat teersebut menunjukkan bahawa orang-orang yang beriman adalah diperintahkan supaya memelihara amanah dan mereka wajib mematuhi perintah itu.

Amanah juga merupakan salah satu daripada sifat atau akhlak yang mulia. Bersifat amanah atau lebih dikenali dengan sifat jujur adalah diwajibkan ke atas setiap orang islam. Anas ibnu Malik Radiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لا إيمان لمن لا أمانة له ولا دين لمن لا عهد له

(رواه أحمد)

Maksudnya: “Tidak sempurna imam orang yang tidak mempunyai sifat amanah baginya dan tidak sempurna iman orang yang tidak mempunyai sifat tanggungjawab baginya:

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Oleh itu tugas atau pekerjaan yang dipertanggungjawabkan ke atas kita, lebih-lebih lagi tugas atau pekerjaan yang kita dibayar upah daripadanya adalah salah satu daripada amanah yang wajib dilaksanakan. Melaksanakan tugas atau tanggungjawab itu pula hendaklah dengan penuh sifat amanah atau tugas yang di pertanggungjawabkan ke atasnya, adalah orang itu telah berkhianat, kerana lawan bagi sifat amanah itu ialah khianat. Firman Allah:

يأيها الذين ءامنوا لآ تخونوا الله والرسول وتخونوا أمنتكم وأنتم تعلمون

(سورة الأنفال : 28)

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jaganlah kmu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,sedang kamu mengetahui (salahnya)

(Surah al-Anfal :27)

Khianat pula adalah salah satu daripada sifat orang yang munafiq. Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

آية المنافق ثلاث إذا حدث كذب, وإذا اؤتمن خان

(رواه مسلم)

Maksudnya: “Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga: Apabila dia berkata dia bohong, apabila dia berjanji dia mungkir dan apabila dia diberi amanah dia khianat”

(Hadis riwayat Muslim)

Manakala balasan orang yang munafiq itu ialah akan ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari lapisan-lapisan dalam neraka sebagaimana firman Allah:

إن المنفقين فى الدرك الأسفل من النار ولن تجد لهم نصيرا

(سورة النساء : 145)

Tafsirnya : “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu di tempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.”

(Surah an-Nisa’:145)

Sehubungan dengan ayat2 yang berkenaan kita dapat fahami bahawa sifat amanah ini lahir daripada hati yang tulus dan suci.

Darjat amanah dapat dilihat daripada perlakuan seseorang berdasarkan tingkt keimanan dalam hatinya. Ini bagaikan kisah tentang khalifah Umar bin Abdul Aziz bersama anaknya. Beliau merupakan salah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yang terkenal dengan sifat amanahnya. Pada suatumalam ketika beliau sedang tekun menyiapkan kerja rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba  salah  seorang  puteranya  telah  masuk  untuk  membincangkan  suatu  hal  yangberhubung dengan urusan keluarga. Setelah puteranya duduk, beliau pun memadamkanlampu yang berada di atas mejanya yang digunakan ketika bekerja pada malam itu.Puteranya merasa hairan lalu bertanya.“Kenapa ayahanda padamkan lampu ini? Bukankah lebih baik kita berbincang di bawahcahaya lampu yang terang?” Khalifah Umar menjawab, ” Benar katamu wahai anakkku,tetapi engkau harus ingat, lampu yang sedang ayahanda gunakan untuk bekerja sebentar tadi adalah kepunyaan Kerajaan,  minyak yang digunakan itu dibeli dengan wangKerajaan, sedangkan perkara yang hendak kita bincangkan ini adalah urusan keluarga”.Kemudian beliau menyuruh seorang pelayan supaya membawa lampu yang lain daridalam biliknya. Setelah lampu itu dinyalakan maka ia pun berkata kepada puteranya:“Sekarang lampu yang baru kita nyalakan ini adalah kepunyaan keluarga kita, minyaknyapun kita beli dengan wang kita sendiri. Sila kemukan apa yang anakanda hendak bincangkan dengan ayahanda.

Lihatlah bagaimana khalifah Umar bin Abdul Aziz membezakan tugasan dan harta milik nya dengan harta hak profesion.

Bagaimana kita melaksanakan amanah kita?

Kita perlu mengambil iktibar daripada kisah bagaimana ketika nabi Ibrahim sedang dibakar dalam unggun api yang besar oleh Raja Namrud maka datanglah burung yang kecil yang membawa air di dalam mulutnya bertujuan untuk memadamkan api bagi menyelamatkan nabi Ibrahim. Jika kita fikirkan bagaimana air yang sedikit yang dibawa oleh burung yang kecil itu mampu memadamkan api yang besar. Tetapi apa yang penting ialah usaha burung kecil itu dengan kemampuan yang ada bukannya mementingkan hasil yang  dicapai kerana Allah akan bertanya tentang usaha yang telah kita curahkan untuk Islam bukannya disoal apa hasil atau kejayaan yang telah dicapai.

Berdasarkan nilai amanah ini lah kita bergerak sebagai pemimpin.

Moga Allah membantu usaha kita mendidik anak-anak kita bagi memperkasakan nilai moral masyarakat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s