SBPA : Sangat rugi Penjawat Awam

Posted: Disember 21, 2011 in Isu
Tags: ,
oleh 
MAAF : INI ‘ENTRY’ KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM.

Ayat yang digunakan bersifat terbuka dan sedikit kasar. Sila teruskan bacaan jika anda sanggup!

Kenapa perlu menukar skim daripada SSM ke SBPA ?  Sana sini orang ‘mengaum’ (kalau taip melalak, ada yang sentap!) perihal SBPA. Kebaikan dan keburukan SBPA, itu yang menjadi topik hangat perbualan penjawat awam. Isu utama pastinya terletak pada GAJI dan GRED. Baiklah! aku akan cuba ceritakan seringkas yang boleh mengenai SBPA. Aku menyentuh beberapa perkara yang menjadi kekeliruan dan ketidakpuashatian beberapa pihak. (rencana ini ditulis setelah kajian dibuat berdasarkan pekeliling, nota dan taklimat diperolehi setakat 16.12.2011).

OPSYEN

Secara mudahnya, seperti grafik yang aku sertakan di atas.

Penjawat Awam yang sedang berada dalam perkhidmatan sebelum 1hb Januari 2012 ada EMPAT pilihan:

[1] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan memilih SBPA.

[2] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan memilih SBPA.

[3] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan kekal SSM.

[4] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan kekal SSM.

manakala Penjawat Awam yang dilantik bermula 1hb Januari 2012, umur bersara wajib ialah 60 tahun.

OPSYEN – Klasifikasi / Gred mengikut kelayakan

– Seperti semua sedia maklum, ada lima lapisan gred

[1] IJAZAH

[2] DIPLOMA

[3] SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

[4] SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

[5] PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)

Oleh itu untuk SBPA, anda akan diletakkan dalam kelompok mengikut kelayakan untuk skim perkhidmatan anda sewaktu pelantikan dahulu.Walaupun waktu itu anda memohon jawatan SPM dengan kelayakan SPM, walhal anda mempunyai kelayakan lebih tinggi (STPM/DIPLOMA/IJAZAH). Bukannya anda diletak secara automatik ke kelompok terkini mengikut kelulusan sedia ada. IKUT KELAYAKAN UNTUK SKIM PERKHIDMATAN .

GAJI

Aku terangkan secara ringkas / asas pemindahan gaji untuk mereka yang memilih SBPA. Aku sengaja meletakkan jumlah gaji di atas pada jumlah yang ‘bagaks!’ untuk menarik perhatian semua penjawat awam yang merasakan diri mereka teraniaya. Secara sinikal, tetapi kita harus faham…upah dibayar mengikut kelulusan, tanggungjawab serta peranan.

Kaedah pemindahan gaji untuk mereka yang telah gaji maksimum aka gaji mati juga menggunakan prinsip yang sama dengan kelebihan diberikan satu pergerakan gaji di gaji mati (Disember 2011) tambah beza (Tangga gaji mati – Tangga gaji sebelum Tangga gaji mati), kemudiannya dikira pada mata gaji terdekat di SBPA dan seterusnya pergerakan gaji tahunan bagi tahun 2012.

DASAR PEMISAH : EXIT POLICY

Cara mudah untuk aku terangkan adalah seperti grafik di atas.

Cara kasarnya – Tujuan kerajaan adalah untuk mendapatkan Penjawat Awam yang lebih kompetitif, produktif dan bekerja. Paling senang untuk aku katakan, kalau kita semua buat kerja, selesaikan tugas yang diberikan dan prestasi elok, kita kekal dalam perkhidmatan awam. Kerja malas, ponteng, buat kerja luar waktu pejabat, tugas diberi dua tahun kemudian baru siap, layan pelanggan dengan muka masam dan kasar, marah, akhlak super ‘baik’, tidak berbudi bahasa, prestasi tahap cacing kerawit dan sewaktu dengannya… makanya, elok ditamatkan perkhidmatan.

Logiknya kalau kita sendiri punya ‘kedai’ atau ‘perniagaan’,  pekerja-pekerja dengan kategori di atas pastinya membebankan dan membazirkan untuk digaji atau diupah. Mahukah anda mengupah seseorang yang tidak berdisiplin, malas dan tidak produktif untuk MEMAJUKAN kedai anda? Otak mana bai? (oh…ini memang kasar.Provokasi). Rugi rakyat membayar cukai dan servis perkhidmatan untuk dijadikan upah kepada mereka yang tidak relevan.

Bagi mereka yang berprestasi baik tetapi sudah tidak ada peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan mereka yang tidak lagi dapat memberikan perkhidmatan terbaik disebabkan oleh masalah kesihatan, akan dibersarakan atas kepentingan perkhidmatan dan diri mereka. Peluang untuk menceburi bidang lain dan masa untuk memulihkan diri serta mendapatkan rawatan sewajarnya. Menariknya mereka yang dibersarakan melalui kaedah ini, pencen mereka dikira seolah mereka berkhidmat sehingga umur wajib bersara. Contoh, dibersarakan pada umur 52 tahun, dan ada 8 tahun sebelum umur 60 tahun : 8 tahun itu juga dikira sebagai tempoh berkhidmat dalam kerajaan.wow!

JAMINAN

Kajian demi kajian mengenai elaun, pelarasan gaji dan kemudahan untuk penjawat awam akan dilakukan. Wawasan 2020 untuk membentuk sebuah negara maju pasti tidak akan tercapai jika penjawat awam masih berada di takuk lama. Polisi perkhidmatan yang baik dan terkawal akan membolehkan perkhidmatan awam bertambah mutu dan keunggulannya. Berkhidmat untuk rakyat.

ISU DAN POK PEK POK PEK BELAKANG 

[1] Jumlah gaji pada mata gaji (sama skim dan gred) Senior (awal dilantik) dan Junior (kemudian dilantik), sangat dekat / hampir sama / sama. Gaji para Senior dan Junior tidak jauh berbeza. Seolah tiada kelebihan dari segi senioriti.

[2] Gred yang dijumudkan (SSM) kelayakan UPSR dimasukkan ke Gred kelayakan PMR  (SBPA) : Sekali lagi gaji hampir sama/ sama. Macam tidak siuk ni.

[3]  Gred N17 yang hakiki (dilantik awal)  tergugat dengan PTR N11 yang telah dijumud ke PT N17 serta N11 KUP N17. Isu ini berkaitan dengan kelebihan skim / senioriti dan mata gaji.

[4] Gaji Mati / Maksima :- Mereka yang telah gaji mati untuk 2 ke 5 tahun lalu akan sama gaji dengan mereka yang baru gaji mati tahun 2011

[5] Peluang kenaikan gaji / Lompat anak tangga (kalau ada PTK dulu boleh lompat tangga gaji~ siapalah yang tolak PTK tu…)

[6] Tempoh menandatangani Opsyen SBPA yang singkat dan dimusim cuti. (dimana ada kemahuan…situ ada highway!)

[7] CUEPACS suruh jangan pilih dan suruh berhimpun. (macam salah taktik ni bro… fahami, kaji dan BERTANYA dengan cara betul)

[8] Lampiran C dan Sifir Mata Gaji SBPA (Sabar… itu kan separuh dari iman. Kan dah maklum akan diberi jua nanti)

PENAMBAHBAIKAN – PENERANGAN / MAKLUMAT LANJUT

Selepas ini akan ada banyak Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang akan menambahbaik serta memberikan panduan / penerangan lebih lengkap mengenai setiap aspek dalam SBPA. Yang telah keluar :

[ SPP Bil. 4 /2011] – Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi

[ SPP Bil. 5 /2011] – Peperiksaan Perkhidmatan Awam

[ SPP Bil. 6/ 2011] – Program Transformasi Minda

[ SPP Bil. 7/2011] – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Khidmat Cemerlang

[ SPP Bil. 8/2011] – Sistem Penilaian Prestasi di bawah SBPA

[SPP  Bil.11/2011] – Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) Dalam Perkhidmatan Awam

[Soalan-soalan lazim (FAQ) SBPA]

KATA AKU

Bersyukur di atas limpahan rezeki, rahmat dan keberkatan yang telah diberikan oleh Allah. Bekerja dengan ikhlas, dedikasi dan produktif pasti ada hikmah juga kelebihannya. Tahu kekurangan dan insafi kelemahan sendiri. Kalau ada yang bertanya, YA, aku pilih SBPA dan akan pencen pada umur 60. Moga diberikan kekuatan, kesihatan dan perkenan Yang Maha Esa.

p/s: BANTUAN RM500

Kenapa perlu menipu sekiranya memang kita tidak layak untuk memohon? Boleh aku katakan disini, itu adalah HAK mereka yang betul-betul daif, serba kekurangan, orang-orang tua, ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang memerlukan. Apa hukumnya memakan harta anak yatim?

RM 500 yang dipohon untuk apa? Beli telefon bimbit baru, ubahsuai kenderaan, makan di restoran mewah, baju baru, berjoli sakan dan sewaktu dengannya?

bagaimana dengan mereka yang amat memerlukan tetapi tidak dapat bantuan itu? Untuk baiki atap rumah yang bocor, mengganti dinding rumah yang usang, membeli pakaian baru kerana yang ada tidak berganti untuk sekian lamanya, membeli sekarung beras dan banyak lagi kegunaannya untuk mereka yang benar-benar memerlukan…

Fikirkan… kenapa sehingga ke hari ini masih rasa tidak mencukupi? kerana tidak mensyukuri…

peraturannya sangat mudah…

Fikirkan tentang orang lain, orang lain akan fikirkan tentang kita, kalau tiada pun orang yang akan ingat kita, ingatan ALLAH terhadap kita itu lebih penting…

wah! penulisan yang berbaur emosi. Salam!

SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam (aku rasa aku yang pertama pakai ni…hehehe)

TAMBAHAN : CONTOH KIRAAN PEMINDAHAN GAJI GRED N48 (soalan saudara WMWI)

Wmwi~ Maaf kerana saya tidak mengetahu Skim Perkhidmatan tuan, tetapi asas pengiraan pemindahan gaji daripada SSM ke SBPA adalah seperti di atas.
Contoh ; Sekiranya tuan dalam skim N48 ( P1T7 – RM 5568.40 ) untuk tahun 2011, maka sebelum pemindahan ke SBPA, satu pergerakan gaji akan diberi daripada P1T7 tadi ke P1T8 ( RM 5771.68). (pergerakan gaji tahunan= RM203.xx)
seterusnya, jumlah mata gaji tersebut akan dipindahkan ke mata gaji terdekat dalam SBPA, iaitu T7 (RM 6010). Satu lagi pergerakan gaji tahunan untuk 2012 akan diberi mengikut tarikh pergerakan gaji (TPG) tuan. Sekiranya TPG pada bulan Januari, maka matagaji akan menaik ke T8 ( RM 6280)
[jumlah kenaikan diperolehi 2012 : RM 6280 – RM 5568.40 = RM 711.6]
[kenaikan gaji tahunan SBPA : RM 6280 – RM 6010 = RM270]
Tuan sangat beruntung. ~_^

TAMBAHAN : TUKAR LANTIK DALAM SBPA MENGIKUT KELAYAKAN SEMASA?

KPPA, Abu Bakar Haji Abdullah memberikan gambaran mengenai penambahbaikan serta kemudahan kepada mereka yang mempunyai kelulusan untuk ditukar lantik ke skim yang lebih tinggi.

Komen-komen
  1. Ali berkata:

    Ni kerja tak seberapa gaji shj nak banyak merungut sana sini coba hang kaji diri sendiri dlm satu hari berapa jam hang berkerja betoi betoi aku ingat tak sampai 3( TIGA) sebab tu duit gaji tu tak berkat – moral corruption- jadi jagan dok kira pasai duit buat kerja betoi betoi. Ikut la macam bangsa lain sama kalau mereka d beri sama level dan tak pilih mengikut BUMIPUTRA p awai dah MELAYU , creativity, jujor,dayausaha OUT sembang first class,Renong renong lah wahai melayu yang merungut in TAK BERSHUKOR KA SETAKAT INI APA YG DAPAT !!!!
    Wassalam

  2. Hunaif berkata:

    Thanks bro….skrg aku lebih paham…..nak share artikel hang nih

  3. kak nik som berkata:

    malas kato gapo-gapo…. ikut demo lahh….mugo kuasa dok tamge demo. Tapi itu kuasa dunia sajo. Kuasa yang tak terbatas adalah kuasa Allah s.w.t Allahu Akbar 3x….

    • selaisepinggang berkata:

      Na’uzubillah….jgn lah diuji diri ini dengan ujian kekuasaan. Sesungguhnya diri manusia ini amat terbatas.

  4. P1T1 (W17) berkata:

    Senior2 selalu dok kata, aku untung tapi tak adil untuk diorang pasal gaji aku dah jarak setakuk je dengan diorang.. kenaikan pulak beza 4 bulan je….
    Masa ni la aku rasa keegoan senior2 teruji. Bukan nak komen banyak, walaupun baru 6 bulan dalam servis tapi aku dah nampak senior2 yang ego pasal dia masuk keja dulu tapi kesudahannya .. keja macam hampeh..
    Aku dok kat unit kewangan.. Bila aku ambik alih tugas .. .banyak sangat kesalahan yang aku jumpa dalam keja2 yang diorang buat sebelum ni.. tapi bila di highlight pada supervisor.. dia sibuk dok suruh kaver ‘pungkok’ senior2 ni.
    Nak kaver punya pasal keja tu tertangguh lagi. Aku menyampah sangat2 tapi sebab orang baru….. tak boley cakap lebey…. Nanti orang lama kata kita ni memandai2 walaupun diorang tu jauh disudut hati sedar diri tu tak pandai tapi dek nak menjaga EGO Seniority tu.. Yang tak pandai pun buat2 pandai…
    So aku yang bodoh ni tahu la bahawa mereka dan keluarga mereka yang konon dah keja 20 tahun tu tak la lebih pandai dari aku yang baru keja 1/2 tahun ni.
    Memang elok pun dibuat exit policy tu.. biar tinggal yang kualiti je kat dalam gomen ni.
    Bagi aku tak ada maslah pasal sblm gomen aku kat swasta lagi teruk kena perform…. tak ada hal pun…. Orang lama gomen, ada nak komen?. Yang power2 dan ada kualiti tu tak yah la nak komen, Paham2 sendiri sudah la. Aku nak tgk komen dari senior2 yang nak pertahankan kesenioritian mereka dan keluaga mereka tu. Sila bagi hujah yang bernas.. bukan hujan macam orang tua dulu-dulu kata:- “Aku lebih dulu makan garam dari kau”.. Renung2kan dan selamat beramal

    • selaisepinggang berkata:

      Sbb tu dikatakan ; Bersabar itu kunci kepada Kejayaan. Pensyarah saya dulu ada kata, setiap kesusahan yg mai tu anggap sahaja sebagai peluang supaya syaitan tiada peluang utk menganiaya kita.
      Menjadi adat kepada manusia utk tidak mengaku bodoh walaupun dirinya tidak tahu….All iz well…..

      • P1T1 (W17) berkata:

        Ye la .. tgh bersabar la ni.. cuma takut terpengaruh dengan senior je.. maklumlah.. 10 lawan 1… kita pun bukan kuat sangat.. he he he

  5. durrah berkata:

    baru sy paham. tk le byk2.sy nak share artikel ini

  6. ojah berkata:

    very comprehensive.. kasaq skit tapi tepat.. thanks..

  7. PelikTapiBenar berkata:

    alhamdulillah syukur…cuma sedey skit la coz pas nie komfom harga barang pon naik…so aku rasa sama jer naik x naik pon….lagi kesian klu tgk org yang daif 2…makin bertambah daif la gamaknyer…nak harapkan duit bantuan…ntah hilang pi mana…zakat jgn cite la pon leh kena songlap…so kesimpulannya…yang kaya bertambah kaya…yang sederhana mcm 2 jer xder perubahan…yang miskin makin bertambah-tambah…so cm x balance kan…pas ni komfom malaysia pon akan jadi cam indonesia….silap2 ramai org malaysia yang kerja kat sana…ha3

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s