Berdosakah Bertanya Soalan Sensitif Kepada Wanita Berhijab Dan Ajnabi

Posted: Februari 1, 2012 in Agama, Isu

Kali ini saya ingin membangkitkan satu isu mengenai satu sikap yang boleh dikatakan menjadi ‘habit’ dalam kalangan pemuda hari ini. Apabila saya mengatakannya pemuda, jadi maaf sekiranya teguran ini saya tujukan kepada lelaki daripada golongan muda termasuk remaja.

Namun, saya juga ingin berkongsi satu peringatan dan juga menegur pemudi Islam sebagai sesama saudara seagama.

Sekiranya anda sedang duduk-duduk bersantai sambil melapangkan fikiran, rasanya adalah lebih manis jika anda selitkan beberapa persoalan dalam minda anda supaya santaian itu mungkin mendatang satu kebaikan dengan bermuhasabah diri. Bagaimana ya jika mengajukan soalan begini sebagai monolog dalaman, “Adakah aku pernah bertanya kepada seorang wanita yang berhijab tentang auratnya? Adakah aku pernah cuba membayangkan bentuk dan saiz setiap inci badannya?”

 Jika anda pernah mengajukan soalan-soalan seumpama ini, harap atas jasa baik anda supaya hentikanlah tingkah laku ini. Segeralah memohon ampun padaNya, dan sekiranya mampu dan masih berkesempatan mohonlah maaf kepada wanita tersebut. Jika wanita itu sudah tiada lagi, sedekahkanlah ayat-ayat suci Al-Quran kepadanya moga-moga terbit satu keredhaan dan rohnya aman di sana.

Memang benar anda perlu menguji mereka sama ada mereka seorang yang benar-benar berhijab daripada segi lahiriah dan rohaniah. Walau bagaimana pun harap saudara-saudaraku dapat renungkan semula adakah anda pernah terfikir sebelum bertanyakan soalan-soalan begini kepada mereka, “Bagaimana jika pemuda lain bertanya soalan ini kepada para wanita yang aku sayangi? Ibuku? Isteriku? Anak perempuanku? Saudara perempuanku? Kekasihku? Adakah aku akan membiarkan mereka bertanya soalan ini? Adakah aku tidak marah?”

Sesudah itu, anda cuba menarik nafas dan memikir semula bahawa kehidupan ini adalah ibarat roda. Jika anda pernah melakukannya kepada orang lain, sangat tidak mustahil perkara itu akan berulang dalam hidup anda pula. Walaupun tidak berlaku pada diri anda, namun ia berulang kepada kerabat terdekat anda. Adakah anda ingin orang yang anda sayangi dan kasihi menerima nasib seperti itu disebabkan perbuatan dan dosa yang anda lakukan? Adakah mereka perlu dijadikan kambing hitam atas desakan nafsu anda ketika dulu? Tegakah anda membiarkan lelaki lain mempermainkan hargai diri mereka?

Wahai pemuda, yang wanita seperti kami perlu sebagai pelindung dan pembimbing mencari redhaNya ingin kami mengingati kamu semua sepotong ayat Quraan dan Hadith Rasulullah yang masing-masing berbunyi :

“Dihias (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…”

” Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita.(Hadith riwayat Bukhari, 7/11 ; Bab Zikir dan Do’a)

Pada bahu lelaki, telah diamanahkan tanggungjawab lebih besar untuk mengemudi bahtera kehidupan. Malah di atas bahu ciptaan Allah juga, lelaki dicipta untuk melindungi wanita, golongan yang lemah.

Allah telah berfirman dalam Surah An-Nisa’ : 34 yang bermaksud

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuanperempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.”

kiranya anda sudi memikirkannya lagi, bagaimana perbuatan cuba menyingkap hijab ini semakin berleluasa dan dijadikan trend kepada generasi-generasi lain. Sudah tentu perbuatan kurang sopan dan tidak elok yang anda pelopori ini akan terus berpanjangan.
Renungkanlah hadith ini :

“Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya… “( Hadith Sahih riwayat Ahmad dan lain-lain)

Ingin saya ingatkan juga kepada para pemudi Islam supaya berhati-hati dalam tindakan kita. Sekiranya anda pernah menghadapi dan diajukan soalan seperti ini, jangan cepat menggelabah dan marah-marah kepada mereka. Namun, jawablah dengan bahasa yang baik bahawa soalan itu tidak elok diutarakan. Ingatkanlah kepada mereka bahawa bukan anda membenci mereka, cuma adalah tidak manis perbuatan seperti itu dan soalan itu hanya merendahkan martabat mereka jika sikap ini diamalkan kerana wanita akan merasakan mereka tidak dapat menjadi pelindung yang sejati disebabkan ketidakmatangan mereka. Oleh itu sebaiknya sikap ini disingkirkan dan sama-samalah kita semua berdoa supaya mendapat keampunanNya. Wallahu’alam

________________________________________________________

Ummu Hani Merupakan Pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Antropologi Dan Dakwah) Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau pernah menjalani praktikal di Unit Kerja Sosial Perubatan di sebuah hospital mental dan kini sedang menjalankan tesis mengenai pesakit forensik di hospital mental. Beliau berkongsi karya di http://zaarasopheahayat.blogspot.com/.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s