Syoknya membaca

Posted: Februari 14, 2012 in Hiburan, Saya, Sosial
Tags: , , , ,
Ramai antara kita sememangnya minat membaca. Tidak kira bahan bacaan apa pun, asalkan ada sedikit minat, pasti masa lapang dapat di isi. Tadi ada aku baca satu blog dia kata “LELAKI YANG SUKA MEMBACA INI KACA”? Orang yang rajin membaca adalah seorang yang kacak. Kacak bukan hanya milik Brad Pitt wei.
Aku juga minat membaca dan bahan yang paling+paling+paling aku minati adalah komik-manga. Dari kecil sampailah sekarang (dah jadi bapak aka suami pun) aku masih tergila2 membaca komik nih. Termasuklah komik online, terbuku, dibuku, sisipan surat khabar dan lain2 lagi.
Entah apa yang seronoknya membaca komik ni, aku pun tak tahu. Perasaan semasa membaca komik ni tak terbayang dek mata la. Sanggup redah hujan, singgah dua tiga tempat semata-mata nak cari siri sambungan komik aku. Kalau tak reti baca komik manga nih jangan la sentuh, kena baca bermula dari kanan ke kiri. Ya, betul… Ada tertulis di koleksi komik aku tersayang terutama Dragonball aka Mutiara Naga. Hahaha…Son Goku tuh;
PERHATIAN!

Oleh kerana Mutiara Naga berasal dari 

Bahasa Jepun makan cara pembacaannya perlu 

bermula daripada kanan ke kiri.

Komik Mutiara Naga ni bermula dari Jilid 1 hingga jilid 43.  Setiap sebuah komik dibahagi pula mengikut episod-episod. Ceritanya bermula episod 1 hingga episod 519. Nak habiskan sesebuah buku ni perlukan tumpuan yang tinggi hatta apa yang orang cakap pun [sorry to say] memang tak dengaq langsung.
Teringat masa aku kecik dulu, nak beli komik ibarat perang dunia ketiga. Jenuh sembunyi la dari ayah aku komik yang aku beli. Siaaaappp la kalo dia dapat. alamat kena koyak ghechai (hancur) dan memang tak dak harapan la nak cantum balik. Ada sekali tu, ayah aku dapat detect (kesan) operasi aku nih. Apa lagi dia selongkaq la almari aku dan dapat 3 buah—> semua hancuq kena koyak. Pedih gila hati masa tu.
Tekad aku mula hari tu, akan aku kumpul semua komik dan ada library sendiri.
Sekarang ni, bukan setakat komik saja. Semua buku yang aku minat dapat aku beli. Alhamdulillah.
Aku dah ada library peribadi aku lani. dan memang SYOKNYA MEMBACA!!
Komen-komen
  1. sukakentang berkata:

    sama la ak pon miant baca komik.. naruto no.1

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s