Kehebatan Mengurus Perancangan – Siri 1

Posted: Oktober 29, 2012 in Isu, Sosial
Tags: , , , , , , ,

Pertama: MATLAMAT

Merancang Matlamat

Dalam memantapkan matlamat, kita mestilah membuat perancangan yang jelas dan tepat. Tanpa perancangan tidak ubah seperti berangan-angan kosong.

Menentukan halatuju Matlamat Aktiviti/Projek

Dalam menetapkan matlamat, kita perlu tahu apakah tujuan sebenar atau objektif kita. Sekiranya kita mempunyai objektif yang kabur, tidak jelas dan tidak tepat, maka sukar dan lambatlah kita menuju sasaran.

Menetapkan Jangka Masa

Setiap matlamat mestilah mempunyai jangkamasa yang telah kita tetapkan. Kita perlu mempunyai tempoh, tarikh pencapaiannya sama ada dalam jangkamasa setahun, lima tahun atau dalam jangkamasa yang lebih panjang.

Ini akan membolehkan kita merancang, meneliti dan melaksanakannya dalam jangkamasa yang telah kita tetapkan, dan memberikan kita a sense of urgency. Di sisi inilah perancang meletakkan Critical Path (Laluan Terdesak) , Normal Path (Laluan Biasa) serta Advantage Path (Laluan Istimewa). Setiap laluan ini mempunyai jangka masa yang berbeza dan memberikan jangkaan masa yang bakal membantu kita merancang dengan tepat.

Matlamat tanpa jangkamasa pencapaian tidak ubah seperti angan-angan kosong; angan-angan Mat Jenin. Ketika menetapkan jangkamasa pencapaiannya cubalah timbangkan matlamat dari segi pembahagian masa, dengan membuat pengurusan masa yang tepat, wajar dan praktikal.

NO PAIN! NO GAIN! 

Kita mesti ada kesedaran bahawa pelaksanaan matlamat akan melibatkan pengorbanan yang banyak. Apalah gunanya matlamat sekiranya kita tidak bersedia untuk berkorban daripada segi tenaga, wang ringgit, masa dan sebagainya, seperti kata peribahasa inggeris, “no pain, no gain”.

ANCAMAN

Senaraikan halangan dan cabaran yang bakal kita tempuhi supaya kita berada dalam keadaan bersedia untuk mencari jalan bagi mengatasinya. Ramai ahli perniagaan berpendapat dengan hanya mengenalpasti masalah yang bakal mereka hadapi, mereka telah pun berjaya mengatasi sebahagian daripadanya.

 

Ketentuan matlamat adalah apa yang kita benar-benar inginkan capai.

Jangan biarkan matlamat kita dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Walaupun penetapannya melibatkan perbincangan pastikan ia tidak lari dari tujuan asal projek kita dan kemampuan kita dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

Jangan sekali-kali menetapkan matlamat yang akan menjerumuskan kita ke dalam masalah yang sangat serius untuk di atasi.

TIDAK SEMUA AKAN BERSAMA KITA PADA WAKTU INI!

Ini bukan bermakna kita mengetepikan nasihat atau cadangan daripada pasukan kita. Apa yang penting, keputusan akhir hendaklah berdasarkan kemahuan dan pertimbangan kita sendiri sebagai pengurus. Sekiranya matlamat yang telah kita tetapkan itu apa yang benar-benar kita mahukan, maka peluang untuk berjaya adalah lebih cerah.

 

Wahai Tuhan kami, janganlah kami dihukum, jika kami lupa atau tersalah. Janganlah Engkau pikulkan atas kami beban yang berat, sebagaimana Engkau telah pikulkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kami. Janganlah Engkau pikulkan atas kami apa yang tidak dapat kami pikul

Al Baqarah : 286

“Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita”

Komen-komen
  1. Pn Zuraidaah Bt Ahmat berkata:

    Assalamualaikum,

    Terimakasih di atas perkongsian ilmu. semoga cikgu terus berjaya dalam kerjaya dan kehidupan seharian.

    Zuraidah, Miri Sarawak

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s