Archive for the ‘Isu’ Category

 Soalan

 

Saya pelajar sebuah IPT yang menetap di asrama yang bercampur denga wanita bukan Islam. Menjadi satu bebanan bagi saya dan kawan-kawan saya untuk memelihara aurat dalam keadaan orang kafir tinggal sebilik dangan kami. Jadi saya ingin mendapat penjelasan dari ustazah tentang hukumnya jika kami mendedahkan aurat zahir kami kerana keadaan terpaksa.

Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

Jawapan:Saya sering ditanyakan masalah ini, terutamanya melibatkan mahasiswa dan pelajar yang tinggal sebilik dengan wanita bukan Islam.Kerana ini sedikit sebanyak akan mendatangkan kesukaran pergerakan seharian mereka.Menutup aurat bagi wanita muslimah merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh syarak. Ianya merupakan suatu ketetapan yang pasti berdasarkan dalil daripada al-Quran dan sunnah. Seorang wanita muslimah itu dibenarkan menampakkan aurat mereka hanya kepada golongan-golongan tertentu seperti yang dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran Surah al-Nur  ayat 31 yang bermaksud :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau …………” .hingga akhir ayat.

Berdasarkan ayat di atas, terdapat khilaf para ulama dalam hal ini. Allah tidak menyebut lafaz “an-nisaa” bermaksud wanita-wanita. Tetapi Ia menyebut “nisaaihinna” bermaksud wanita-wanita mereka.Lafaz “nisaaihinna” bermakna Allah menghadkan kebebasan perempuan Islam dalam ruang lingkup tertentu. Apakah ruang lingkup tersebut? Di sinilah terdapat perselisihan pendapat di antara para ulama’.Ada yang mengatakan bahawa boleh bagi wanita Muslimah membuka aurat hanya kepada wanita Muslimah sahaja. Pendapat ini menurut mazhab Syafie yang menyatakan auratnya sama sahaja dengan lelaki bukan mahram. Begitu juga keterangan yang dilihat seperti mana yang dihuraikan oleh Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azhim katanya  :“Firman Allah SWT ‘nisaa`ihinna’, maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah yang lain. Namun ia tidak dibenarkan kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah). Ini bertujuan agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari pada semua wanita, akan tetapi ianya lebih ditekankan lagi kepada wanita ahlu zimmah. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]Imam Ibn Kathir menganggap wanita bukan muslim ahlu zimmah tidak memahami larangan Rasulullah SAW berkenaan menceritakan aurat wanita lain kepada suami mereka. Ini kerana wanita bukan Islam tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah). Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.Disebabkan alasan tersebut, beliau mendatangkan pendapat yang melarang secara terus dari menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam.Begitu juga pandangan Syeikh ‘Atiyyah Saqqar yang menguatkan dalil dgn kata-kata Ibn Abbas yg mengharamkan aurat perempuan Islam dilihat oleh perempuan Yahudi atau Kristian. kerana takut perempuan kafir akan menceritakan atau mendedahkan kepada lelaki lain atau suami mereka tentang apa yg mereka lihat. Pendapat ini juga dipegang oleh Imam al-Qurtubi di dalam tafsir beliau dengan berdalilkan al-Athar (kata-kata sahabat) daripada Umar RA yg bermaksud:“Dan Umar RA menulis kepada gabenornya Abi Ubaidah bin al-Jarrah: “Bahawa telah sampai berita kepadaku perempuan ahli zimmah memasuki tempat mandian wanita islam. Maka tegahlah daripada demikian itu dan halalkan selain mereka (perempuan ahli zimmah).” Dan pendapat ini merupakan pendapat Jumhur Ulama.Jika dilihat kepada alasan beberapa pandangan Ulama ini, mereka mendatangkan hukum ini adalah berdasarkan adanya alasan tertentu. ‘Illah (alasan) tersebut ialah ‘agar aurat wanita muslimah tidak diceritakan kepada suami mereka’. Menurut kaedah fiqh, Ianya dikategorikan sebagai ‘illah ba’ithah. Iaitu hukum tersebut dibina berdasarkan kepada kewujudan dan ketiadaan illah. Apabila illah/alasan tersebut hilang maka gugurlah hukum asal tersebut. Namun apabila illah/alasan itu kembali, maka hukum asal digunapakai semula.Di dalam isu ini, sekiranya wanita bukan Islam diyakini tidak akan menceritakan aurat wanita Muslimah kepada lelaki lain, maka harus bagi wanita Muslimah menampakkan aurat kepada mereka.Ini bersesuaian dengan pandangan sebahagian ulama. Mereka tidak memandang bahawa menampakkan aurat kepada wanita bukan Islam akan membuatkan wanita bukan Islam tersebut secara pasti akan menceritakannya kepada suami mereka. Lalu mereka mengharuskan wanita Muslimah membuka aurat dihadaan wanita bukan Islam diatas keperluan dan  syarat-syarat tertentu. Antara syarat-syaratnya ialah dipastikan wanita bukan Islam (khusus kepada ahlu zimmah) tersebut dapat dipercayai ia tidak menceritakan perihal aurat wanita muslimah kepada lelaki lain. Lalu mereka membahagikan wanita bukan Islam itu samada ianya boleh dipercayai, ataupun tidak boleh dipercayai.Ini seperti mana yang dinyatakan oleh pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur seperti Ibn al-Arabi al-Maliki didalam kitab beliau Ahkamul Qur’an, Jld 3, hal. 326, yang mengatakan boleh bagi wanita Muslimah membuka aurat kepada semua wanita yang baik akhlaknya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Pendapat ini juga disokong oleh Imam Fakhrurrazzi dan mufassir kontemporari  dari Saudi iaitu Syeikh Ali Al-Shabuni.Apa yang ingin dijelaskan oleh mereka disini adalah, aurat atau tidak bukanlah dinilai pada perbezaan agama, tetapi dinilai pada perbezaan akhlak dan budi pekerti. Maka harus bagi perempuan Islam mendedahkan aurat di hadapan perempuan lain yang elok budi pekerti dan akhlaknya walaupun bukan Islam. Dan pandangan ini dipersetujui oleh Fatwa Negeri Kedah dengan merujuk kepada kitab Hasyiyah Qalyubi juz. 3, hal. 211 mendatangkan alasan berbezanya keadaan zaman kini jika dilihat pergaulan wanita yang berlainan agama begitu meluas di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian tinggi, di asrama, di tempat bekerja dan lain-lain.Jika perihal menceritakan aurat terbatas hanya kepada agama, bagaimana dengan perempuan Islam yang rosak akhlak dan tidak bermoral seperti golongan lesbian? Maka sudah semestinya wajib menutup aurat di hadapan mereka kerana bergaul dengan mereka mendedahkan kepada bahaya dan mudarat sebagaimana bergaul dengan lelaki bukan muhrim.Disebabkan itulah Islam melarang seseorang wanita muslimah itu menceritakan kepada rakan-rakan yang bukan mahramnya perihal aurat mereka. Seperti menceritakan rupa bentuk tubuh badannya, kedudukan rambut, mahupun warna kulit anggota-anggota tertentu yang terselindung disebalik batasan-batasan aurat yang digariskan oleh Islam.Kesimpulannya di sini, mana-mana wanita Muslimah dilarang mendedahkan atau menceritakan aurat mereka kepada yang bukan mahram dan wanita bukan Islam tanpa keperluan tertentu yang mendesak. Mereka dibolehkan membuka aurat mereka kepada wanita bukan Islam hanya sekiranya terdapat keperluan dan meyakini wanita bukan Islam tersebut mampu merahsiakan aurat wanita Muslimah dari dihebahkan kepada lelaki lain. Namun harus diingat bahawa anggota zahir sahaja yg boleh dibuka spt lengan,kaki, rambut,leher dsb. Tetapi tidak boleh membuka yang sulit2 kpd mereka. Ini adalah juga untuk menjaga maruah diri wanita muslimah.Islam tidak menyusahkan wanita. Tetapi ia memuliakan dan memelihara maruah wanita.

 

WALLAHU ‘A’LAM

Rujukan:

  1. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/aurat-wanita-di-hadapan-wanita-bukan-islam-0
  2. http://fikrahhalaqah.com/aurat-antara-perempuan-non-muslim-dengan-perempuan-muslim/
  3. http://johor.wanita.ikram.org.my/index.php/soal-jawab/soal-fiqh/118-hukum-wanita-islam-mendedahkan-aurat-kepada-wanita-kafir
Advertisements

Kedua: MERANCANG OPERASI

Merancang Operasi

Harus di INGAT! setelah penetapan matlamat. Kita mesti merancang garis operasi. Kesilapan guru-guru atau pengurus program adalah kesilapan dalam menetapkan garis operasi aktiviti program samada sebelum, semasa atau selepas. Inilah yang menjadikan setiap program terselit kejanggalan dan kesilapan dalam menentukan keputusan atau terlewat membuat keputusan untuk aktiviti yang berlangsung.

Menentukan garis operasi Aktiviti/Projek

Kita disini ditekankan agar mempunyai laluan untuk pelan A atau pelan B bagi setiap aktiviti. Atau bagi istilah perancangan pengurusan ia dikatakan Normal path dan critical path.

Menetapkan Jangka Masa

Sebagaimana matlamat, setiap garis operasi aktiviti juga mestilah mempunyai jangkamasa untuk kita tetapkan. Kita perlu mempunyai tempoh, tarikh pencapaiannya sama ada dalam jangkamasa setahun, lima tahun atau dalam jangkamasa yang lebih panjang. Ia juga untuk aktiviti jangka pendek seperti program ad-hoc dan sebagainya.

Ini akan membolehkan kita merancang, meneliti dan melaksanakannya dalam jangkamasa yang telah kita tetapkan, dan memberikan kita a sense of urgency. Di sisi inilah perancang meletakkan Critical Path (Laluan Terdesak) , Normal Path (Laluan Biasa) serta Advantage Path (Laluan Istimewa). Setiap laluan ini mempunyai jangka masa yang berbeza dan memberikan jangkaan masa yang bakal membantu kita menentukan keputusan dan perjalanan program dengan tepat.

Ketika menetapkan jangkamasa pencapaiannya cubalah timbangkan maklumat dari segi pembahagian masa, dengan membuat pengurusan masa yang tepat, wajar dan praktikal.

RIGHT TIME! RIGHT PLACE! 

Kita mesti ada kesedaran bahawa pelaksanaan matlamat akan melibatkan pengorbanan yang banyak. Apalah gunanya matlamat sekiranya kita tidak bersedia untuk berkorban daripada segi tenaga, wang ringgit, masa dan sebagainya, seperti kata peribahasa inggeris, “no pain, no gain”.

KEEP ON TRACK!

Kita mesti ada kesedaran bahawa pelaksanaan matlamat akan melibatkan pengorbanan yang banyak. Apalah gunanya matlamat sekiranya kita tidak bersedia untuk berkorban daripada segi tenaga, wang ringgit, masa dan sebagainya, seperti kata peribahasa inggeris, “no pain, no gain”.

ANCAMAN

Senaraikan halangan dan cabaran yang bakal kita tempuhi supaya kita berada dalam keadaan bersedia untuk mencari jalan bagi mengatasinya. Ramai ahli perniagaan berpendapat dengan hanya mengenalpasti masalah yang bakal mereka hadapi, mereka telah pun berjaya mengatasi sebahagian daripadanya.

Tenang dengan apa yang kita benar-benar inginkan capai.

Jangan biarkan matlamat kita dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Walaupun penetapannya melibatkan perbincangan pastikan ia tidak lari dari tujuan asal projek kita dan kemampuan kita dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

Jangan sekali-kali menetapkan matlamat yang akan menjerumuskan kita ke dalam masalah yang sangat serius untuk di atasi.

TIDAK SEMUA AKAN BERSAMA KITA PADA WAKTU INI!

Ini bukan bermakna kita mengetepikan nasihat atau cadangan daripada pasukan kita. Apa yang penting, keputusan akhir hendaklah berdasarkan kemahuan dan pertimbangan kita sendiri sebagai pengurus. Sekiranya matlamat yang telah kita tetapkan itu apa yang benar-benar kita mahukan, maka peluang untuk berjaya adalah lebih cerah.

Dan mereka merancang, Allah (S.W.T) juga merancang. Dan Allah Sebaik-baik Maha Perancang

Ali Imran : 54

“Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita”

 | December 26, 2012

It may come as no surprise that the ideas that are top-of-mind for educators, parents, and policymakers are the very topics conveyed in the most popular MindShift posts this year. Giving kids the tools to create, teachers the freedom to innovate, making students’ work relevant in the real world, giving them access to valuable technology. These are the aspirations that have resonated most with MindShift readers this year. Here are the top 10 posts from 2012.

1. EASY WAYS TO INTRODUCE PROGRAMMING TO KIDS.

Being able to use the Internet and operate computers is one thing, but it may be just as valuable to teach students how to code. Giving students an introduction to programming helps peel back the layers of what happens inside computers and how computers communicate with one another online. Programming knowledge, even at a very basic level, makes technology seem less magical and more manageable. Programming also teaches other important skills, including math and logic.

2. 10 THINGS IN SCHOOL THAT SHOULD BE OBSOLETE.

So much about how and where kids learn has changed over the years, but the physical structure of schools has not. Looking around most school facilities — even those that aren’t old and crumbling –  it’s obvious that so much of it is obsolete today, and yet still in wide use.

3. WHY KIDS NEED SCHOOLS TO CHANGE.

The conversation in education has shifted towards outcomes and training kids for jobs of the future, and in many ways the traditional classroom has become obsolete. And yet many people fear change, preferring to hunker down and take the conservative route. Yet, it’s exactly during these uncertain times when people must be willing to try new things, to be more open, curious and experimental, said educator Madeline Levine.

4. LEARNING SHOULD BE MESSY.

Can creativity be taught? Absolutely. The real question is: “How do we teach it?” In school, instead of crossing subjects and classes, we teach them in a very rigid manner. Very rarely do you witness math and science teachers or English and history teachers collaborating with each other. Sticking in your silo, shell, and expertise is comfortable. Well, it’s time to crack that shell. It’s time to abolish silos and subjects.

5. MAKING CELL PHONES WORK IN THE CLASSROOM.

At its core, the issues associated with mobile learning get to the very fundamentals of what happens in class everyday. At their best, cell phones and mobile devices seamlessly facilitate what students and teachers already do in thriving, inspiring classrooms. Students communicate and collaborate with each other and the teacher. They apply facts and information they’ve found to formulate or back up their ideas. They create projects to deepen their understanding, association with, and presentation of ideas.

6. TURN YOUR CLASSROOM INTO AN IDEA FACTORY.

If we’re serious about preparing students to become innovators, educators have some hard work ahead. Getting students ready to tackle tomorrow’s challenges means helping them develop a new set of skills and fresh ways of thinking that they won’t acquire through textbook-driven instruction. Students need opportunities to practice these skills on right-sized projects, with supports in place to scaffold learning. They need to persist and learn from setbacks. That’s how they’ll develop the confidence to tackle difficult problems.

7. OPEN EDUCATION RESOURCES FOR ALL.

As open educational resources and OpenCourseWare (OCW) increase in popularity and usage, there are a number of new resources out there that do offer opportunity for interaction and engagement with the material.

8. FOR STUDENTS, WHY THE QUESTION IS MORE IMPORTANT THAN THE ANSWER.

In a traditional classroom, the teacher is the center of attention, the owner of knowledge and information. Teachers often ask questions of their students to gauge comprehension, but it’s a passive model that relies on students to absorb information they need to reproduce on tests. What would happen if the roles were flipped and students asked the questions?

9. DEFINING DEEPER LEARNING.

In preparing students for the world outside school, what skills are important to learn? This goes to the heart of the research addressed in the Deeper Learning Report released by the National Research Council of the National Academies of Science in Washington. Simply defined, “deeper learning” is the “process of learning for transfer,” meaning it allows a student to take what’s learned in one situation and apply it to another, explained James Pellegrino, one of the authors of the report. “You can use knowledge in ways that make it useful in new situations,” he said.

10. HOW CAN WE CONNECT SCHOOL LIFE TO REAL LIFE.

So what if we were to say that, starting this year, even with our children in K– 5, at least half of the time they spend on schoolwork must be on stuff that can’t end up in a folder we put away? That the reason they’re doing their schoolwork isn’t just for a grade or for it to be pinned up in the hallway? It should be because their work is something they create on their own, or with others, that has real value in the real world.

Source: http://blogs.kqed.org/mindshift/2012/12/top-10-posts-of-2012-deeper-more-meaningful-and-creative-learning/

Just teach them in English!

Posted: Januari 29, 2013 in Isu

english is fun

The refusal to teach Mathematics and Science in English is not just an ideological position but an idiotic one as well. It is an attempt to self-fulfil a prophecy that the rural children, especially the Malays, cannot be challenged and must continue to be given easy passes through social promotion. The refusal to acknowledge that English is currently a language of scientific progress, more than Bahasa Melayu, is an example of hypocrisy in dealing with success on the part of our policymakers and Malay language nationalists.

Based on spurious research findings headed by a teacher training university, sanctioned by other public universities, the government has erred in its decision that will not only impact the future of Malaysian children in a continually globalized world, where English is the lingua franca. And this will open up avenues for the establishment of classes of schools, increasing the demand for the setting up of private schools that will emphasise the English language as a language of instruction and a rigorous curriculum that will prepare students for a competitive world.

Sacrificing the future of a generation The premise that Malay children cannot follow instructions in English and therefore not only standards should be lowered and subject matters made easier, but the teaching of Mathematics and Science itself must be reverted to the Malay Language points to this: that Malay children especially are presumed to be losers even before all avenues of success are provided. Because in one study they voiced their concern over their inability to understand instructions, the future of a generation is sacrificed. It is like saying that the more a child says that he/she does not like school, the less the teachers need to work to challenge them.

While children of the privileged in urban areas get first class education through private and international schools or even in high schools abroad and get to master the English Language (so that they can be given places and sponsorship in English-speaking universities abroad), children of the rural poor are left to become victims of policies dictated by research findings that hardy make sense in the realm of educational futurism.

Retired professors , poet laureates, die-hard Malay nationalists who themselves are well-educated in the English language having tasted the successes and given national accolades become incoherent and hypocritical spokespersons to a government policy that will make the myth of the last native a reality. These individuals do not understand changing times; that English is no longer a language of the colonials. The colonies revolted against the colonials through the natives’ mastery of the English language.

‘Strategically denying success to the poor’

These individuals who are against the teaching of Science and Mathematics in English are giving wrong advice to the nation: mastering English does not mean challenging whatever status Bahasa Melayu has been accorded to. The government is strategically denying success to the poor of all races with this language policy reversal. We are creating a nation at risk; incompetent in the language that will give them the chance to pursue their studies in good universities in the English-speaking world.

There is a specific process one needs to follow in order to gain access to Western education; especially in the fields of Science and Mathematics. Many of the critical subjects are taught in English. The multitude of English proficiency tests is evidence that one must understand English for specific purposes (especially in the Mathematics and Sciences) right up to being able to write a Bachelor’s, Master’s, or even doctoral and post-doctoral dissertations in the English language – all these are stages one has to go through.

Especially for entry into American colleges, where English proficiency is given through tests ranging from the Test of English as a Foreign Language (Toefl) to the challenging Graduate Record Examination (GRE), which require consistent polishing of skills not only in English as a language but English taught in the content areas. The government has blundered, big time, succumbing to irrational voices disguised as those who care about the rural poor who are slow to master Mathematics and Science concepts in English.

Who said kampung kids can’t learn?

There are enough success stories of children of the poor of all races coming from the rural areas slogging and struggling hard to master any language and in any subject matter and triumph to become world-class surgeons, engineers, lawyers, academicians, diplomats, musicians and even culinary experts.

Who said kampung kids cannot be challenged academically?

There is enough evidence that if you provide them with dedicated teachers, a nurturing learning environment, a supporting home, a challenging curriculum and constant reminder of “yes, you can” and “when the going gets tough, the tough get going” – children will excel.

Down with those who are out to underestimate the ability of our children to succeed. We must ignore bad advice and demand success for all – urban and rural, bumiputera or non-bumiputera. We must demand a radical restructuring of our schools so that the same standard and support is given to all schools and the commitment to a philosophy that however we want our own children to succeed, we want the children of others to achieve similarly as well. Start early in teaching English. Put an end to any effort to make the myth of the lazy native a reality. We must remove our glass coconut shell.

DR AZLY RAHMAN, who was born in Singapore and grew up in Johor Baru, holds a Columbia University (New York) doctorate in International Education Development and Master’s degrees in the fields of Education, International Affairs, Peace Studies and Communication. He has taught more than 40 courses in six different departments and has written more than 300 analyses on Malaysia. His teaching experience spans Malaysia and the United States, over a wide range of subjects from elementary to graduate education. He currently resides in the United States.

Short URL : http://www.freemalaysiakini2.com/?p=59164

Pertama: MATLAMAT

Merancang Matlamat

Dalam memantapkan matlamat, kita mestilah membuat perancangan yang jelas dan tepat. Tanpa perancangan tidak ubah seperti berangan-angan kosong.

Menentukan halatuju Matlamat Aktiviti/Projek

Dalam menetapkan matlamat, kita perlu tahu apakah tujuan sebenar atau objektif kita. Sekiranya kita mempunyai objektif yang kabur, tidak jelas dan tidak tepat, maka sukar dan lambatlah kita menuju sasaran.

Menetapkan Jangka Masa

Setiap matlamat mestilah mempunyai jangkamasa yang telah kita tetapkan. Kita perlu mempunyai tempoh, tarikh pencapaiannya sama ada dalam jangkamasa setahun, lima tahun atau dalam jangkamasa yang lebih panjang.

Ini akan membolehkan kita merancang, meneliti dan melaksanakannya dalam jangkamasa yang telah kita tetapkan, dan memberikan kita a sense of urgency. Di sisi inilah perancang meletakkan Critical Path (Laluan Terdesak) , Normal Path (Laluan Biasa) serta Advantage Path (Laluan Istimewa). Setiap laluan ini mempunyai jangka masa yang berbeza dan memberikan jangkaan masa yang bakal membantu kita merancang dengan tepat.

Matlamat tanpa jangkamasa pencapaian tidak ubah seperti angan-angan kosong; angan-angan Mat Jenin. Ketika menetapkan jangkamasa pencapaiannya cubalah timbangkan matlamat dari segi pembahagian masa, dengan membuat pengurusan masa yang tepat, wajar dan praktikal.

NO PAIN! NO GAIN! 

Kita mesti ada kesedaran bahawa pelaksanaan matlamat akan melibatkan pengorbanan yang banyak. Apalah gunanya matlamat sekiranya kita tidak bersedia untuk berkorban daripada segi tenaga, wang ringgit, masa dan sebagainya, seperti kata peribahasa inggeris, “no pain, no gain”.

ANCAMAN

Senaraikan halangan dan cabaran yang bakal kita tempuhi supaya kita berada dalam keadaan bersedia untuk mencari jalan bagi mengatasinya. Ramai ahli perniagaan berpendapat dengan hanya mengenalpasti masalah yang bakal mereka hadapi, mereka telah pun berjaya mengatasi sebahagian daripadanya.

 

Ketentuan matlamat adalah apa yang kita benar-benar inginkan capai.

Jangan biarkan matlamat kita dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Walaupun penetapannya melibatkan perbincangan pastikan ia tidak lari dari tujuan asal projek kita dan kemampuan kita dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

Jangan sekali-kali menetapkan matlamat yang akan menjerumuskan kita ke dalam masalah yang sangat serius untuk di atasi.

TIDAK SEMUA AKAN BERSAMA KITA PADA WAKTU INI!

Ini bukan bermakna kita mengetepikan nasihat atau cadangan daripada pasukan kita. Apa yang penting, keputusan akhir hendaklah berdasarkan kemahuan dan pertimbangan kita sendiri sebagai pengurus. Sekiranya matlamat yang telah kita tetapkan itu apa yang benar-benar kita mahukan, maka peluang untuk berjaya adalah lebih cerah.

 

Wahai Tuhan kami, janganlah kami dihukum, jika kami lupa atau tersalah. Janganlah Engkau pikulkan atas kami beban yang berat, sebagaimana Engkau telah pikulkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kami. Janganlah Engkau pikulkan atas kami apa yang tidak dapat kami pikul

Al Baqarah : 286

“Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita”

Kali ini saya ingin membangkitkan satu isu mengenai satu sikap yang boleh dikatakan menjadi ‘habit’ dalam kalangan pemuda hari ini. Apabila saya mengatakannya pemuda, jadi maaf sekiranya teguran ini saya tujukan kepada lelaki daripada golongan muda termasuk remaja.

Namun, saya juga ingin berkongsi satu peringatan dan juga menegur pemudi Islam sebagai sesama saudara seagama.

Sekiranya anda sedang duduk-duduk bersantai sambil melapangkan fikiran, rasanya adalah lebih manis jika anda selitkan beberapa persoalan dalam minda anda supaya santaian itu mungkin mendatang satu kebaikan dengan bermuhasabah diri. Bagaimana ya jika mengajukan soalan begini sebagai monolog dalaman, “Adakah aku pernah bertanya kepada seorang wanita yang berhijab tentang auratnya? Adakah aku pernah cuba membayangkan bentuk dan saiz setiap inci badannya?” (selanjutnya…)