Archive for the ‘Sosial’ Category

Kedua: MERANCANG OPERASI

Merancang Operasi

Harus di INGAT! setelah penetapan matlamat. Kita mesti merancang garis operasi. Kesilapan guru-guru atau pengurus program adalah kesilapan dalam menetapkan garis operasi aktiviti program samada sebelum, semasa atau selepas. Inilah yang menjadikan setiap program terselit kejanggalan dan kesilapan dalam menentukan keputusan atau terlewat membuat keputusan untuk aktiviti yang berlangsung.

Menentukan garis operasi Aktiviti/Projek

Kita disini ditekankan agar mempunyai laluan untuk pelan A atau pelan B bagi setiap aktiviti. Atau bagi istilah perancangan pengurusan ia dikatakan Normal path dan critical path.

Menetapkan Jangka Masa

Sebagaimana matlamat, setiap garis operasi aktiviti juga mestilah mempunyai jangkamasa untuk kita tetapkan. Kita perlu mempunyai tempoh, tarikh pencapaiannya sama ada dalam jangkamasa setahun, lima tahun atau dalam jangkamasa yang lebih panjang. Ia juga untuk aktiviti jangka pendek seperti program ad-hoc dan sebagainya.

Ini akan membolehkan kita merancang, meneliti dan melaksanakannya dalam jangkamasa yang telah kita tetapkan, dan memberikan kita a sense of urgency. Di sisi inilah perancang meletakkan Critical Path (Laluan Terdesak) , Normal Path (Laluan Biasa) serta Advantage Path (Laluan Istimewa). Setiap laluan ini mempunyai jangka masa yang berbeza dan memberikan jangkaan masa yang bakal membantu kita menentukan keputusan dan perjalanan program dengan tepat.

Ketika menetapkan jangkamasa pencapaiannya cubalah timbangkan maklumat dari segi pembahagian masa, dengan membuat pengurusan masa yang tepat, wajar dan praktikal.

RIGHT TIME! RIGHT PLACE! 

Kita mesti ada kesedaran bahawa pelaksanaan matlamat akan melibatkan pengorbanan yang banyak. Apalah gunanya matlamat sekiranya kita tidak bersedia untuk berkorban daripada segi tenaga, wang ringgit, masa dan sebagainya, seperti kata peribahasa inggeris, “no pain, no gain”.

KEEP ON TRACK!

Kita mesti ada kesedaran bahawa pelaksanaan matlamat akan melibatkan pengorbanan yang banyak. Apalah gunanya matlamat sekiranya kita tidak bersedia untuk berkorban daripada segi tenaga, wang ringgit, masa dan sebagainya, seperti kata peribahasa inggeris, “no pain, no gain”.

ANCAMAN

Senaraikan halangan dan cabaran yang bakal kita tempuhi supaya kita berada dalam keadaan bersedia untuk mencari jalan bagi mengatasinya. Ramai ahli perniagaan berpendapat dengan hanya mengenalpasti masalah yang bakal mereka hadapi, mereka telah pun berjaya mengatasi sebahagian daripadanya.

Tenang dengan apa yang kita benar-benar inginkan capai.

Jangan biarkan matlamat kita dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Walaupun penetapannya melibatkan perbincangan pastikan ia tidak lari dari tujuan asal projek kita dan kemampuan kita dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

Jangan sekali-kali menetapkan matlamat yang akan menjerumuskan kita ke dalam masalah yang sangat serius untuk di atasi.

TIDAK SEMUA AKAN BERSAMA KITA PADA WAKTU INI!

Ini bukan bermakna kita mengetepikan nasihat atau cadangan daripada pasukan kita. Apa yang penting, keputusan akhir hendaklah berdasarkan kemahuan dan pertimbangan kita sendiri sebagai pengurus. Sekiranya matlamat yang telah kita tetapkan itu apa yang benar-benar kita mahukan, maka peluang untuk berjaya adalah lebih cerah.

Dan mereka merancang, Allah (S.W.T) juga merancang. Dan Allah Sebaik-baik Maha Perancang

Ali Imran : 54

“Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita”

Advertisements

Pertama: MATLAMAT

Merancang Matlamat

Dalam memantapkan matlamat, kita mestilah membuat perancangan yang jelas dan tepat. Tanpa perancangan tidak ubah seperti berangan-angan kosong.

Menentukan halatuju Matlamat Aktiviti/Projek

Dalam menetapkan matlamat, kita perlu tahu apakah tujuan sebenar atau objektif kita. Sekiranya kita mempunyai objektif yang kabur, tidak jelas dan tidak tepat, maka sukar dan lambatlah kita menuju sasaran.

Menetapkan Jangka Masa

Setiap matlamat mestilah mempunyai jangkamasa yang telah kita tetapkan. Kita perlu mempunyai tempoh, tarikh pencapaiannya sama ada dalam jangkamasa setahun, lima tahun atau dalam jangkamasa yang lebih panjang.

Ini akan membolehkan kita merancang, meneliti dan melaksanakannya dalam jangkamasa yang telah kita tetapkan, dan memberikan kita a sense of urgency. Di sisi inilah perancang meletakkan Critical Path (Laluan Terdesak) , Normal Path (Laluan Biasa) serta Advantage Path (Laluan Istimewa). Setiap laluan ini mempunyai jangka masa yang berbeza dan memberikan jangkaan masa yang bakal membantu kita merancang dengan tepat.

Matlamat tanpa jangkamasa pencapaian tidak ubah seperti angan-angan kosong; angan-angan Mat Jenin. Ketika menetapkan jangkamasa pencapaiannya cubalah timbangkan matlamat dari segi pembahagian masa, dengan membuat pengurusan masa yang tepat, wajar dan praktikal.

NO PAIN! NO GAIN! 

Kita mesti ada kesedaran bahawa pelaksanaan matlamat akan melibatkan pengorbanan yang banyak. Apalah gunanya matlamat sekiranya kita tidak bersedia untuk berkorban daripada segi tenaga, wang ringgit, masa dan sebagainya, seperti kata peribahasa inggeris, “no pain, no gain”.

ANCAMAN

Senaraikan halangan dan cabaran yang bakal kita tempuhi supaya kita berada dalam keadaan bersedia untuk mencari jalan bagi mengatasinya. Ramai ahli perniagaan berpendapat dengan hanya mengenalpasti masalah yang bakal mereka hadapi, mereka telah pun berjaya mengatasi sebahagian daripadanya.

 

Ketentuan matlamat adalah apa yang kita benar-benar inginkan capai.

Jangan biarkan matlamat kita dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Walaupun penetapannya melibatkan perbincangan pastikan ia tidak lari dari tujuan asal projek kita dan kemampuan kita dalam mencapai matlamat yang ditetapkan.

Jangan sekali-kali menetapkan matlamat yang akan menjerumuskan kita ke dalam masalah yang sangat serius untuk di atasi.

TIDAK SEMUA AKAN BERSAMA KITA PADA WAKTU INI!

Ini bukan bermakna kita mengetepikan nasihat atau cadangan daripada pasukan kita. Apa yang penting, keputusan akhir hendaklah berdasarkan kemahuan dan pertimbangan kita sendiri sebagai pengurus. Sekiranya matlamat yang telah kita tetapkan itu apa yang benar-benar kita mahukan, maka peluang untuk berjaya adalah lebih cerah.

 

Wahai Tuhan kami, janganlah kami dihukum, jika kami lupa atau tersalah. Janganlah Engkau pikulkan atas kami beban yang berat, sebagaimana Engkau telah pikulkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kami. Janganlah Engkau pikulkan atas kami apa yang tidak dapat kami pikul

Al Baqarah : 286

“Apa yang kita lakukan hari ini akan menentukan dan mencorakkan masa depan kita”

7 Cara Kempiskan Perut Buncit

Posted: Februari 23, 2012 in Sosial

7 Cara Kempiskan Perut Buncit

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.

Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

Syoknya membaca

Posted: Februari 14, 2012 in Hiburan, Saya, Sosial
Tag:, , , ,
Ramai antara kita sememangnya minat membaca. Tidak kira bahan bacaan apa pun, asalkan ada sedikit minat, pasti masa lapang dapat di isi. Tadi ada aku baca satu blog dia kata “LELAKI YANG SUKA MEMBACA INI KACA”? Orang yang rajin membaca adalah seorang yang kacak. Kacak bukan hanya milik Brad Pitt wei.
Aku juga minat membaca dan bahan yang paling+paling+paling aku minati adalah komik-manga. Dari kecil sampailah sekarang (dah jadi bapak aka suami pun) aku masih tergila2 membaca komik nih. Termasuklah komik online, terbuku, dibuku, sisipan surat khabar dan lain2 lagi.
Entah apa yang seronoknya membaca komik ni, aku pun tak tahu. Perasaan semasa membaca komik ni tak terbayang dek mata la. Sanggup redah hujan, singgah dua tiga tempat semata-mata nak cari siri sambungan komik aku. Kalau tak reti baca komik manga nih jangan la sentuh, kena baca bermula dari kanan ke kiri. Ya, betul… Ada tertulis di koleksi komik aku tersayang terutama Dragonball aka Mutiara Naga. Hahaha…Son Goku tuh;
PERHATIAN! (selanjutnya…)

Bahana Cinta

Posted: Januari 28, 2012 in Isu, Saya, Sosial

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda.

Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.

Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, “Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia.” (Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap.

Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.

Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.

Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan kerja rumah.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.

“Terima kasih suamiku,” bisik Fatimah pada suaminya.

Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.

Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.

Lalu ditanya oleh baginda, “Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu.”

Dalam nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?”

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.

Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.

Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.

Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.

Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, “Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita.”

Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?”

“Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah SAW bersabda :

“Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya.

Sumber: www.iluvislam.com